Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Panik Aplikasi WhatsApp Lumpuh...

Ramai rakyat Malaysia `mengelupur' sekejap petang tadi gara-gara perkhidmatan WhatsApp tergendala untuk tempoh...

Perhimpunan Melayu Asobiyyah Dan...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa perhimpunan Kebangkitan Maruah Melayu atau...

Boleh Keluar RM1,500 Dari...

KUALA LUMPUR - Kerajaan membenarkan pengeluaran prapersaraaan dari Akaun B Skim Persaraan Swasta...

Ajak Seks Jika Tak...

KUALA LUMPUR - Seorang penumpang wanita mengalami pengalaman ngeri apabila bukan sahaja ditipu...

AKSEM Serbu ‘Kafe Ketum’ Dalam Ladang Di Chuping

PADANG BESAR – Agensi Keselamatan Sempadan Perlis hari ini menahan lima individu termasuk seorang wanita Siam dalam satu serbuan di sebuah premis menjual air ketum di Kampung Titi Tampang, Chuping di sini hari ini.

Komandernya DSP Syed Basri Syed Ali berkata dalam serbuan pukul 10 pagi itu pihaknya turut merampas daum ketum, campuran air ketum, ubat batuk dan minuman berkarbonat bernilai RM15,753.

“Berdasarkan maklumat awam, kedai itu beroperasi 24 jam sejak lima bulan lepas dan menyediakan minuman ketum yang diproses di ladang seluas 0.8 hektar dan ditanam dengan kira-kira 2,000 pokok ketum,” katanya dalam sidang media selepas operasi itu.

Katanya premis itu yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari jalan utama menyediakan air ketum yang dicampur ubat batuk dan minuman berkarbonat.

“Sebungkus air ketum proses bersaiz 500 mililiter dijual pada harga RM5 manakala sebotol dengan saiz 1.5 liter berharga RM10 dan waktu puncak ialah tengah hari dan sebelah malam,” katanya.


Mengenai mereka yang ditahan, Syed Basri berkata wanita Siam itu dipercayai pemilik dan pengendali premis manakala empat lagi yang kesemuanya lelaki berusia antara 20 dan 40-an ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya kes itu akan diserah kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perlis untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori