Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Identiti 12 Lagi Mayat...

HUTAN MELINTANG - Identiti 12 daripada 61 mangsa yang terkorban dalam tragedi bot...

Beruang Polar Buat Lompatan...

PULAU SPITSBERGEN - Beberapa keping gambar menunjukkan seekor beruang polar membuat lompatan akrobatik...

Sedih Melihat Tun M...

KUALA KANGSAR - Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan...

Anggota Polis Ditahan Bantu...

Seorang anggota polis ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes kemalangan maut...

Aktiviti Anti Sosial Belia India Perlu Ditangani

PORT DICKSON – Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata aktiviti anti sosial dalam kalangan belia India perlu ditangani dan sebagai pemimpin, beliau perlu memikirkan kaedah terbaik untuk memastikan kumpulan itu dapat dibangunkan potensinya.

Beliau berkata sekiranya dibiarkan kumpulan ini mengikuti aktiviti tidak sihat, dikhuatiri ia akan merosakkan masa depan mereka.

“Apa yang saya lihat ialah aktiviti seperti bersukan. Contohnya sekumpulan remaja kaum India menyertai Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MIFA) mereka ini diserlahkan potensi sehingga berjaya memenangi piala FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan saya tengok mereka ini ada masa depan yang cerah dalam sukan.

Yang keduanya, mereka ini boleh dilibatkan dalam aktiviti kebudayaan contohnya nyanyian…ramai yang telah pun menjadi penyanyi profesional,” katanya dalam ucapan pada Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (KBBT) di Dewan The Grand, Lukut di sini, hari ini.

Sambutan itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Speaker Dewan Negara Datuk Seri SA Vigneswaran, Presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas, bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu dan Naib Presiden Gerakan Datuk A. Kohilan Pillay serta Presiden KKBT K.Murali.

Mengulas lanjut, Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata golongan itu juga harus menceburi dan mendalami bidang teknologi maklumat yang mempunyai banyak peluang untuk diterokai demi kemajuan diri.

“Contohnya e-Commerce, mungkin kita boleh memanfaatkan contohnya penjualan muruku daripada tradisional kepada dalam talian. Ini juga mampu memberi pendapatan tambahan,” katanya.


Sementara itu, Mohamad dalam ucapannya pula berkata kumpulan belia hari ini amat bertuah kerana program Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dilancarkan kerajaan mengambil kira suara kumpulan itu.

“Ini perkara baik yang perlu diambil perhatian serius oleh para belia. Saya yakin perdana menteri akan mengambil semua pandangan dan kepada belia ambil peluang ini untuk menyatakan kepada kerajaan apakah bentuk masyarakat, bentuk negara yang mereka impikan,” katanya.

TN50, yang digagaskan Najib, merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.

Terdahulu, Murali berkata KBBT yang dianggotai 24,552 anggota di seluruh negara akan menyokong penuh TN50. – BERNAMA

Kategori