Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Seberang Pintasan, Dungun Mula...

DUNGUN - Pusat pemindahan sementara pertama dibuka di Terengganu pada musim tengkujuh ini...

Ini Raya Paling Bermakna...

KUALA LUMPUR - Setelah tiga tahun menanti cahaya mata, raya kali ini menjadi...

Vladimir Putin Dedah Kehidupan...

MOSCOW - Presiden Russia, Vladimir Putin yang terkenal kerana merahsiakan mengenai kehidupan peribadinya,...

Perintah Berkurung Di ESSZone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat...

Aktor Legenda Bollywood Om Puri Meninggal Dunia

AKTOR tersohor India Om Puri telah meninggal dunia hari ini, Jumaat, akibat serangan jantung.

Beliau terkenal dengan filem-filem hebat seperti Gandhi dan The Reluctant Fundamentalist.

Mendiang telah menghembuskan nafas terakhirnya di Mumbai, lapor akhbar Press Trust of India.

Puri pulang ke rumahnya pada malam Khamis selepas selesai penggambaran sebuah filem namun apabila loceng rumahnya tidak berjawab pada pagi Jumaat tadi, pemandunya terus membunyikan loceng amaran.

Aktif dalam dunia lakonan sejak tahun 1980-an dengan filem-filem seni alternatif yang mempunyai pengikutnya sendiri di India, Puri terkenal kerana memainkan watak-watak penuh kemarahan yang melekat dalam ingatan penonton.

Selain itu, Puri turut terlibat dalam beberapa buah filem British seperti filem arahan Richard Attenborough, Gandhi pada tahun 1982 dan juga filem Hollywood, iaitu Charlie Wilson’s War.


Puri turut pernah berlakon di samping aktres Helen Mirren dalam filem The Hundred Foot Journey pada tahun 2014.

Oleh kerana khidmatnya di dalam industri perfileman India, Puri telah menerima anugerah Padma Shri yang merupakan anugerah keempat tertinggi untuk orang awam di negara itu.

Kematian Puri telah menerbitkan kesedihan di kalangan para pelakon Bollywood seperi Akshay Kumar, Priyanka Chopra dan Kamal Hassan yang memuatnaik ucapan takziah menerusi akaun Twitter masing-masing. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori