Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Turki Hafal Lagu...

HEROIN drama bersiri Dia Semanis Honey, Siti Nordiana atau Nana menerusi laman Instagram...

3 Direman Kekecohan Program...

SHAH ALAM - Polis hari ini memperoleh perintah mahkamah bagi mereman tiga remaja...

Lebih 1,000 Mangsa Banjir...

SHAH ALAM : Seramai 1,112 mangsa banjir melibatkan 263 keluarga dipindahkan ke sembilan...

Bunuh Di Stesen Minyak:...

JOHOR BAHRU - Polis sudah menahan 13 individu setakat ini melibatkan sembilan lelaki...

Amaran Angin Kencang, Paras Air Laut Naik

KUALA LUMPUR – Angin kencang timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak setinggi 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di Pahang, Johor Timur dan Sabah (Kudat dan Sandakan) sehingga Sabtu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan hari ini berkata dalam tempoh yang sama, kawasan perairan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut.

Ribut petir juga dijangka berterusan sehingga awal petang ini di perairan Pahang, Johor Timur dan Sarawak (Rejang dan Mukah).

Amaran yang sama turut dikeluarkan khusus untuk aktiviti perkapalan, di mana angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di kawasan perairan Tioman, Bunguran, Layang-layang, Palawan dan Sulu sehingga Sabtu ini.


Ribut petir juga dijangka berterusan di perairan Phuket, Tioman, Bunguran, dan Reef South sehingga awal petang ini yang menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. – BERNAMA

Kategori