Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mara Cadang Tubuh Pusat...

PASIR PUTEH - Majlis Amanah Rakyat (Mara) bercadang mewujudkan pusat latihan maritim di...

Hilang Di China Rupanya...

SELEPAS lebih 12 tahun dilaporkan hilang dan mati di China, seorang pelajar kolej...

Logo Tahun Memperkasa Wanita...

MARAN - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memperkenalkan logo Tahun Memperkasa...

Gambar Bersama Pengapit Lelaki...

POTRET gambar sering menjadi idaman bagi setiap pasangan yang ingin berkahwin, malah kenangan...

Anak Derhaka Kurung Ibu Tua Kerana Tidak Dengar Cakap

INILAH namanya anak derhaka, sanggup membiarkan ibu yang sudah berusia 92 tahun tinggal di dalam kurungan sejak bertahun-tahun.

Video mengenai nenek berkenaan yang dipaksa hidup umpama dalam penjara oleh anak dan menantu perempuannya itu di Guangxi, China, telah menjadi tular.

Menurut nenek itu, dia hidup dalam kurangan itu sejak beberapa tahun lalu dan tidak diberikan makanan serta pakaian yang mencukupi. Bukan itu sahaja, dia juga terpaksa tidur di atas lantai kerana tidak diberikan tilam oleh anak lelakinya itu.

Keluasan bilik itu hanya 107 kaki persegi.

nenek1

Keadaan di dalam kurungan itu juga amat kotor. Cuaca sejuk memaksa nenek tersebut tidur di atas papan. Sebaik video mengenainya menjadi tular, penduduk di bandar itu telah masuk campur dan dia dibawa ke hospital untuk rawatan.

Ketika diselamatkan, pihak berkuasa mengarahkan anak dan menantunya memandikannya dan dia diberikan pakaian baru.


Anak dan menantunya itu telah disiasat dan mereka memberitahu bahawa wanita tua itu mempunyai perangai yang buruk serta tidak mendengar cakap.

Polis kini menunggu nenek berkenaan sihat untuk membolehkan keterangan lanjut diambil daripadanya.

Selepas tersebarnya video mengenai nenek terbabit, orang ramai meluahkan kemarahan terhadap anaknya yang langsung tidak berperikemanusiaan. – mynewshub.cc

Kategori