Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Rumah Terbakar Dipercayai Angkara...

KUALA LUMPUR – Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang dapat digambarkan apabila enam...

Henti Desak Muhyiddin Letak...

BERA - Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini, meminta...

Kereta Klasik Hampir 1...

LANGKAWI - Sebuah kereta Rolls Royce Phantom 1 keluaran tahun 1926 adalah antara...

Iqram Dinzly Mengaku Pergi...

JIKA sebelum ini nama Iqram Dinzly hangat diperkatakan disebabkan tindakannya memarkir kenderaan yang...

Aneh… ‘Lautan’ Cacing Keluar Selepas Banjir

PENDUDUK di Hulu Terengganu digemparkan dengan kehadiran ‘lautan’ cacing yang keluar melimpah secara tiba-tiba selepas banjir surut.

Tidak diketahui punca bagaimana hal itu boleh berlaku, namun seorang penduduk di Kampung Tok Lawit, Kuala Nerang, Wan Hasmah Abas, 53, memaklumkan itu adalah kejadian pertama seumpamanya berlaku.

“Kejadian ini merupakan kejadian pertama kali berlaku, sejak berbelas tahun dahulupun saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini.

“Cacing ini berwarna merah gelap,panjang, dan sangat licin…bukan seperti cacing yang biasa orang buat umpan untuk memancing,” katanya kepada Sinar Online.

Menurutnya, sebelum banjir besar itu ada cacing keluar namun tidak banyak dan melimpah seperti sekarang.


Kampung itu dilanda banjir selama empat hari.

Terengganu mengalami banjir sejak 31 Disember tahun lalu, namun telah pun kembali pulih pada 9 Januari. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori