Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Google Papar ‘Doodle’ Khas...

KUALA LUMPUR - Google Malaysia hari ini meraikan pelakon, penyanyi dan ikon fesyen...

Israel Tidak Boleh Dibiarkan...

NEW YORK - Israel tidak boleh dibiarkan bebas tanpa hukuman berhubung tindakannya berterusan...

Kemboja Beri Amaran Pihak...

PHNOM PENH - Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang cuba melancarkan sebarang...

Guna Racun Ubat Kutu,...

JAKARTA - Dua orang kanak-kanak dilaporkan telah meninggal dunia manakala ibunya serta seorang...

Anggota Polis Maut Terkena Tembakan Sendiri

JOHOR BAHRU – Seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar maut terkena tembakan ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan senjata api di bengkel senjata Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di sini, semalam.

Mangsa, Abu Bakar Pander, 51, berasal dari Negeri Sembilan, bertugas sebagai Ketua Cawangan Persenjataan IPD Seri Alam, telah berkhidmat kira-kira 30 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Jokhiri Abd Aziz berkata ketika kejadian antara pukul 6.30 hingga 6.50 pagi itu, mangsa sedang bertugas seorang diri.

“Dipercayai telah berlaku kemalangan di mana berlaku letusan peluru daripada senjata jenis pistol dan mengenai bahagian dada mangsa menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata mangsa disedari terbaring kaku di atas lantai tempat kejadian oleh seorang rakan setugas yang baharu tiba untuk menjalankan tugas kira-kira 7 pagi.

Katanya, hasil bedah siasat dijalankan pakar perubatan forensik di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru mendapati sebab kematian adalah ‘gun shoot wound through the heart’.


“Tiada sebarang kesan meragukan atau apa-apa kesan perbuatan jenayah oleh mana-mana pihak lain terhadap mangsa dalam kejadian ini,” katanya.

Jokhiri berkata mangsa telah dibawa pulang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Haji Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan.

Mangsa meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak, katanya. – BERNAMA

Kategori