Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Keluarga Suharto Diarah Pulang...

Jakarta - Mahkamah Agong Indonesia mengarahkan keluarga bekas Presiden Suharto memulangkan semula dana...

Lagi Desakan Menteri Dikenakan...

PONTIAN - Semakin banyak pihak tampil membuat gesaan agar Menteri di Jabatan Perdana...

Laporan Penuh Ketua Audit...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata laporan penuh Ketua Audit...

Tune Hotel Buka Hotel...

KUALA LUMPUR - Tune Hotels telah membuka hotelnya yang keenam di United Kingdom...

Anggota Polis Wanita Dan Anak Lelaki Maut Kereta Terbabas

MELAKA – Seorang anggota polis wanita dan anak lelakinya maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 199.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini, awal pagi tadi.

Noor Aini Hamdan, 27, dan anak lelakinya Muhammad Aisy Aryan Mohd Taufik, 1, maut di tempat kejadian manakala suaminya Mohd Taufik Rosli, 34, tidak cedera dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka, Pemangku Supt. Mohd Sham Abdullah berkata Noor Aini, anggota polis berpangkat Lans Koperal di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dan Muhammad Aisy Aryan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

“Kedua-dua mangsa menaiki kenderaan yang dipandu Mohd Taufik, yang juga anggota polis berpangkat Lans Koperal di JSJ IPD Ampang Jaya, dari arah Batu Pahat menghala ke Kuala Lumpur.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, tayar kiri bahagian belakang kereta Toyota Wald yang dipandu Mohd Taufik dipercayai tiba-tiba meletup menyebabkan kenderaan itu gagal dikawal lalu melanggar pembahagi tengah jalan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Akibat pelanggaran itu, Noor Aini dan Muhammad Aisy Aryan tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi berkenaan.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat manakala kenderaan terlibat dibawa ke balai polis trafik Alor Gajah di sini untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Kategori