Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Kejutan Hari Lahir...

BUKAN senang rasanya berjumpa dengan anak lelaki yang begitu rapat dan akrab dengan...

Diana Danielle Tak Mahu...

PELAKON Diana Danielle yang pernah mencetuskan kontroversi apabila dikatakan cemburu dengan gandingan Nora...

Kes Rusuhan Kuil: 6...

PETALING JAYA - Enam lagi lelaki, termasuk Presiden Persatuan India Malaysia dihadapkan ke...

Malaysia Layak Ke Pusingan...

KUALA LUMPUR - Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Thomas dan Piala Uber...

Anggota Tentera Terkena Letupan Di Sintok Stabil

ALOR SETAR – Seorang anggota tentera yang cedera pergelangan tangan kanan dan kirinya setelah terkena letupan ketika bertugas di Sintok semalam, sudah sedar dan kini berada dalam keadaan stabil.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, bagaimanapun bahagian pergelangan tangan kirinya tidak dapat diselamatkan akibat kecederaan yang serius.

“Beliau telah menjalani pembedahan dikendalikan pakar Ortopedik di Hospital Sultanah Bahiyah mulai 11.30 malam semalam sehingga 3.30 pagi tadi.

“Penyambungan tangan kiri tidak dapat dijalankan kerana keadaan (pergelangan) tangan kiri yang teruk dan tidak dapat diselamatkan. Kecederaan pada lutut kanan telah dibuat pemeriksaan terperinci dan dijahit semula,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.


Katanya pesakit juga sudah dibenarkan mengambil makanan dan minuman secara oval dan masih di bawah pemerhatian pakar Ortopedik.

Dalam kejadian 9.28 pagi semalam, Koperal Mohd Zulkifli Salleh, 32, dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja yang berpangkalan di Kangar, Perlis terkena letupan ketika bertugas di khemah penempatan anggota di Mukim Temin, Sintok. – BERNAMA

Kategori