Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Pandu Lori Tangki...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan selepas memandu lori tangki secara berbahaya dan...

Plaza Tol Bukit Raja...

KLANG - Plaza Tol Bukit Raja rosak apabila sebahagian besar bumbung, palang dan...

PAU 2015 Meriah ‘Gila’...

PERSEKITARAN Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara seolah-olah dilanda ‘jerebu manusia’...

Krisis Ekonomi: Berat Rakyat...

CARACAS - Kemelut krisis ekonomi di Venezuela sudah mencapai tahap amat parah sehingga...

Annuar Janji Berusaha Cari Dana Buat Skuad TRW

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa memberi jaminan akan terus berusaha mencari dana untuk skuad The Red Warriors (TRW).

Katanya, beliau akan terus membantu pasukan itu mendapatkan dana yang mencukupi untuk mengharungi Liga Malaysia musim ini walaupun beliau bukan lagi Presiden KAFA.

“KAFA perlu bekerja keras kerana dana belum mencukupi. Saya akan terus membantu sekiranya diizinkan Tuhan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Annuar selepas meletakkan jawatan Presiden KAFA bertindak selaku penaja utama pasukan Kelantan melalui syarikat yang diketuainya.

Selain itu, KAFA turut mendapat tajaan Alhamra, Chengaljati, Yakult, Moccis F, Sinar, Puspamara, Mutiara dan Glo Glowing.


Annuar sebelum ini mendedahkan beliau berhadapan kesulitan mendapatkan tajaan untuk TRW selepas ada pihak menuduh beliau menyalahgunakan kuasa mendapatkan tajaan buat pasukan Kelantan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori