Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dron Bawa Lelaki Miskin...

KISAH lelaki miskin di Ghana dapat ‘rezeki terpijak’ menunaikan haji menjadi tular di...

Ibu Bercinta, Kahwin Dengan...

KES 'haruan makan anak' yang melibatkan bapa dan anak perempuan bukan lagi sesuatu...

Wanita Maut Disergah, Rumah...

IPOH - Gara-gara terkejut disergah sekumpulan lelaki, seorang wanita rebah sebelum disahkan meninggal...

“Tiada Syarat Untuk Izara...

UMUM mengetahui pelakon Izara Aishah baru sahaja menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati...

Annuar Musa: Anda Jangan Takut Mafia

SETELAH dituduh secara jahat dengan persepsi menggunakan dana agensi berkaitan Mara untuk menaja pasukan The Red Warriors – bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) kini dalam dilema.

Tan Sri Annuar Musa merasakan dirinya kini subjek prejudis dalam bolasepak. Segala jasa baik dan pengorbanan Annuar dalam membangunkan bolasepak Kelantan dilupakan begitu saja. Selain dianiaya oleh budaya black mail ala Mafia, Annuar juga seperti dikhianati rakan dalam politik.

Kes Annuar klasik. Dia diserang musuh dalam sukan dan pada masa sama diabaikan rakan dalam parti. Serangan persepsi rasuah atau penyelewengan kuasa serta sikap rakan politik yang menangguk di air keruh – menjadikan Annuar terlihat bersendirian dalam mempertahankan diri.

Inilah wajah dunia sukan bolasepak hari ini. Kejayaan tidak ke mana pun; kegilaan pula yang berleluasa. Budaya black mail sudah mula mengambil alih. Apabila anda menjadi saingan – misi pembunuhan karektor akan digunakan.

Politik Mafia kini digunakan untuk menjahanamkan reputasi serta membunuh kebangkitan seseorang.

Dalam bolasepak tempatan sekarang, pesaing tidak dibunuh dengan senjata mengikut kaedah Mafia lama, tetapi serangan peribadi yang digunakan untuk melumpuhkan imej dan personaliti musuh.

Nampaknya banyak kekotoran mula menyerang bolasepak tempatan. Malah, ada kecenderungan wujudnya ketakutan di kalangan pemimpinnya. Semua senyap tidak berketik. Takut kalau bersuara, nasib buruk turut menimpa mereka.

Setelah dituduh secara persepsi, Annuar akhirnya melahirkan rasa kesal kerana konsep penajaan bolasepak kini dianggap salah guna kuasa dan pembaziran wang rakyat.

Bolasepak sekarang seperti empayar peribadi. Anda perlu melambakkan wang peribadi kalau ingin memajukan pasukan. Ia OK kalau anda banyak wang dan berkuasa serta boleh mendapatkan apa saja dengan kedudukan anda.

Tetapi sekiranya anda hanya seorang peminat sukan dan mahu memajukannya dengan kaedah lain – anda akan diburu. Beginilah Mafia mula menyebarkan budayanya dalam sukan.


Annuar melahirkan rasa bimbang untuk menghadiri majlis pelancaran jersi rasmi skuad TRW minggu ini.

“Terima kasih Kafa kerana menjemput saya hadir Majlis Pelancaran Jersi TRW 2017 pada 20 Januari ini. Pelancaran jersi ini sudah tentu terkait dengan kami pengiklan dan pelanggan pakej komersial Kafa,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau hari ini.

Annuar perlu hadir. Hanya keberanian dan kebenaran satu-satunya senjata melawan budaya Mafia.

Kepada yang kuat dan berkuasa, hentikan budaya Mafia. Ini sukan awam milik masyarakat. Kepada ahli politik, jangan menangguk di air keruh. Jangan bunuh rakan parti hanya semata-mata mahu menyelamatkan punggung anda!

Kepada pemimpin bolasepak yang lain, jangan berdiam diri. Anda juga kelak terdedah pada bahaya diancam serangan ala Mafia!

Anda harus bangkit menentang budaya yang menakutkan ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori