Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Halang Pintu Elak Suami...

BEIJING - Seorang guru digantung tugas selepas video menunjukkan dia menghalang pintu kereta...

KWSP Akan Laksana Penuh...

KUALA LUMPUR - Inisiatif #MalaysiaKerja (Malaysians@Work) bagi mewujudkan peluang pekerjaan lebih baik untuk...

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjut...

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan dua minggu lagi bermula 15...

Pesakit Covid-19 Tiba-Tiba Kritikal...

PAKAR anestesiologi di sebuah hospital swasta Johor Bahru berkongsi pengalaman mencemaskan pasukan kesihatan...

Annuar Nafi Mara Taja TRW, Bukan UniKL

KUALA LUMPUR – Media propembangkang cuba memanipulasi isu tajaan pasukan bola sepak Kelantan bagi menggambarkan kononnya Tan Sri Annuar Musa yang merupakan salah seorang pemimpin UMNO telah berbohong kepada rakyat berhubung isu itu semalam.

Portal berita terbabit dalam dalam laporan mereka mendakwa kononnya nada Annuar yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) hari ini tiba-tiba berbeza berbanding semalam selepas beliau menafikan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menaja pasukan Kelantan.

“Berbanding semalam, nada Annuar ketika mengulas isu penajaan pasukan The Red Warriors (TRW) sedikit berbeza hari ini. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata demikian setelah difahamkan terdapat surat menyurat, baucar dan lain-lain dokumen antara TRW dan UniKL (berhubung tajaan itu),” lapor portal berita berkenaan pagi ini.

Mynewshub yang turut melaporkan kenyataan Annuar berhubung isu itu di laman Facebooknya semalam mendapati Annuar cuma menafikan dakwaan kononnya wang Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah dipergunakan untuk menaja pasukan Kelantan.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan UniKL menaja pasukan Kelantan.

Annuar berkata, Mara tidak pernah menaja pasukan Kelantan walaupun satu sen tetapi UniKL yang merupakan sebuah syarikat swasta mempunyai bajet khusus untuk mempromosikan institusi pendidikan itu termasuk melalui bidang sukan.

Berikut sebahagian kenyataan Annuar berhubung isu itu di laman Facebook beliau semalam:


“Untuk makluman semua MARA TIDAK PERNAH menaja TRW walau satu sen.. LOGO MARA 50th di pamer dilengan jersey TRW 2016 di beri PERCUMA kepada MARA walaupun ruangan itu bernilai RM250,000 kalau untuk syarikat sdn. bhd. lain. IA SATU PENGHORMATAN KEPADA MARA DARI TRW…

“UniKL pula SEBUAH SYARIKAT SWASTA.. Ia tidak pernah menaja atau memberi biasiswa kepada pelajarnya. JADI TIDAK TIMBUL IA MENGGUNAKAN DANA BIASISWA/TAJAAN… Sebagai syarikat swasta ia mempunyai polisi sendiri terutama dalam soal BRANDING, promosi, pemasaran dll dan mereka punya budget khusus untuk itu.UniKL sudah lama terlibat dalam BRANDING & MARKETING melalui sukan khususnya HOCKEY DAN BOLASEPAK.. Ini kerana sasaran mereka adalah menarik perhatian anak muda.. Begitu juga SYARIKAT SDN. BHD. Mara yang lain…mereka punya budget, dasar dan presedur tersendiri…

“Semuanya TIDAK MELALUI PAKSAAN, TITAH, SABDA dan sebagainya.. Begitu juga DANA BIASISWA MARA KONONNYA DI KURANGKAN…TIDAK BENAR…dan jauh sama sekali dikurangkan KERANA MENAJA BOLA…,” jawab Annuar semalam. – MYNEWSHUB.CC

Kategori