Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anwar ‘Sindir’ Ahli Parlimen...

MALU... Genap 100 hari Pakatan Harapan (PH) kuasai negara, kegagalan ramai Ahli Parlimen...

Johor Buka Lembaran Baharu...

JOHOR BAHRU : Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Mohamad...

KPWKM Ambil Tindakan Tegas...

ARAU - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan bekerjasama dengan agensi lain...

Iklan Deepavali PETRONAS Penuh...

Sempena perayaan Deepavali yang bakal berlangsung dalam beberapa hari, PETRONAS telah mengaturkan pelbagai...

Annuar Sindir TMJ, Nafi Guna Mara Taja Skuad TRW

POLEMIK ‘perang mulut’ antara Tan Sri Annuar Musa dengan Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang asalnya daripada isu remeh nampaknya kini semakin panas berapi-api!

Tidak sampai 12 jam pemilik skuad bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mendakwa kononnya Annuar ‘songlap duit’ Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk menaja pasukan Kelantan, Pengerusi Mara tersebut segera membalas.

Dalam status terbaharu menerusi Facebook dicatatkan ketika menghadiri program pemukiman dengan mahasiswa universiti di Tasik Kenyir, Terengganu, Annuar menyifatkan tuduhan liar itu nyata tidak berasas sama sekali.

Meskipun tidak menamakan TMJ secara langsung dalam catatan itu, jawapan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) ini jelas merujuk baginda yang ‘menghentam’ dirinya menerusi Facebook Johor Southern Tigers.

Jawapan balas Annuar itu malah mendapat lebih 2,000 tanda suka daripada netizen selain dikongsi kira-kira 350 kali dan menerima komen hampir 400 ulasan yang menyokong beliau sebagai ‘berani’ menegakkan kebenaran.

Menerusi luahan dicatatkan, Annuar menegaskan bahawa Mara tidak pernah menaja skuad The Red Warriors (TRW) meskipun ada logo agensi itu pada jersi pemain sebaliknya ia diberi percuma sebagai tanda penghormatan.

Begitu juga dakwaan TMJ kononnya tindakan rahsia Mara dan institusi pengajian di bawahnya iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) membiayai TRW menyebabkan berlaku pengurangan biasiswa kepada pelajar miskin.

Walhal ujar Annuar, UniKL tidak pernah memberi biasiswa kepada mana-mana pelajar Mara sebaliknya pusat pengajian itu ada dasar sendiri sebagai sebuah syarikat swasta berhubung isu penajaan dalam bidang sukan.

Sambil menyifatkan tohmahan itu sebagai agak emosi, tersasar daripada fakta dan lucu sangat, Annuar secara sinis berkata beliau sendiri serba salah hendak mengulas isu itu kerana bimbang “jawab salah, tak jawab pun salah”.

Pada akhir catatannya, Annuar dalam nada sindiran memberi nasihat kepada TMJ dengan membuat perumpamaan agar jangan kerap membuka mulut kerana ikan yang selalu membuka mulut itu, biasanya mudah terkena pancing.

Baca: TMJ Dakwa Annuar Musa Seleweng Duit Rakyat

Juga: Tak Payahlah Menuntut Orang Memuji – Annuar

Lagi: Akan Ada Menteri Cuba Guna Faiz Untuk Populariti

Isu ‘pertengkaran mulut’ ini bermula apabila Annuar mendedahkan pemenang Anugerah Puskas 2016 FIFA, Mohd. Faiz Subri pernah bermain dengan TRW ketika di bawah pentadbirannya sehingga menjadi pemain terkenal

Kenyataan itu dibalas TMJ yang menyifatkan ada pihak cuba ‘ambil nama’ untuk mengejar populariti imej dengan menyindir kemelut melanda TRW sebelum Annuar membuat ‘kemunculan’ semula membantu pasukan tersebut.

Sindiran baginda itu kemudian dibalas kembali oleh Annuar apabila mengimbas kembali bagaimana JDT boleh menempa nama disebabkan pelbagai faktor terrmasuk kebetulan dan nasib yang tidak dijangka banyak pihak.

Berikut petikan penuh kenyataan Annuar:

Aduhai… Kenapa lah ada lagi yang tidak puas hati dengan TRW.. macam-macam komen dari pelbagai sumber TERMASUK SUMBER YANG EMOSI DAN SENTIASA TERSASAR DARIPADA FAKTA. LUCU SANGAT SANGAT… Jawab… salah… tak jawab… salah.

Ada pula yang kata SAYA PAKAI DUIT MARA, duit biasisawa mara dan lain-lain utk taja TRW. Saya rasa tidak rugi kalau KITA belajar menyelidik sikit supaya kita kelihatan ADA DAYA INTELEKTUAL DAN ADA SUBSTANCE daripada kita pungut je semua hearsay (dengar cakap)…


Untuk makluman semua, MARA TIDAK PERNAH menaja TRW walau satu sen… Logo MARA 50th dipamer di lengan jersi TRW 2016 diberi PERCUMA kepada MARA walaupun ruangan itu bernilai RM250,000 kalau untuk syarikat sendirian berhad lain.

IA SATU PENGHORMATAN KEPADA MARA DARI TRW…

Unikl pula SEBUAH SYARIKAT SWASTA… Ia tidak pernah menaja atau memberi biasiswa kepada pelajarnya. JADI TIDAK TIMBUL IA MENGGUNAKAN DANA BIASISWA/TAJAAN… Sebagai syarikat swasta, ia mempunyai polisi sendiri terutama dalam soal BRANDING, promosi, pemasaran dan lain-lain dan mereka punya bajet khusus untuk itu.

UniKL sudah lama terlibat dalam BRANDING & MARKETING melalui sukan khususnya HOKI dan BOLA SEPAK… ini kerana sasaran mereka adalah menarik perhatian anak muda…

Begitu juga SYARIKAT SDN. BHD. di bawah Mara yang lain… Mereka mempunyai bajet, dasar dan prosedur tersendiri… Semuanya TIDAK MELALUI PAKSAAN, TITAH, SABDA dan sebagai nya…

Begitu juga DANA BIASISWA MARA KONONNYA DIKURANGKAN…. TIDAK BENAR… dan jauh sama sekali dikurangkan KERANA MENAJA BOLA…

Jadi sahabat Facebook ku sekelian… saya berikan fakta ini untuk anda semua termasuk my media friends… saya beri fakta ini untuk anda supaya anda boleh menyemak sumber dan petikan anda.

SAYA TIDAK BERMINAT UNTUK ENGAGE ATAU TERJEBAK DALAM POLEMIK DENGAN MANA-MANA INDIVIDU SECARA DIRECT ATAU TIT FOR TAT kerana biasa nya mereka mereka itu kawan kawan belaka.

Sebagai kawan, kita sudah kenal sesama kita… Kalau kawan silap, KITA TAK USAH PANJANG PANJANG. Kita maafkan je lah…

Cuma for you all, saya beri fakta ini sambil saya memancing di Tasek Kenyir dalam retreat BERSAMA siswazah siswazah yang ingin memulakan perniagaan….

Salah seorang daripada mereka berkata kepada saya… “PESAN PADA IKAN, Jangan banyak membuka mulut… kerana ikan yang membuka mulutlah BIASANYA MUDAH TERKENA PANCING..”

So kawan-kawan media… teruskan membuat catatan dan AWAS… JANGAN TERSALAH PENDRIVE ANDA… get your fact correct, please!!!😂😂😂

Kategori