Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Banjir: ATM Buka Hospital...

PASIR MAS - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuka sebuah hospital barisan hadapan bagi...

Warisan Janji Letakkan Malaysia...

Warisan , yang ditubuhkan dan berpangkalan di Sabah, hari ini secara rasmi melebarkan...

Mekap Tidak Tahan Lama,...

BARU beberapa jam pakai mekap, foundation, maskara, eyeshadow, blusher dan lipstik sudah hilang entah ke...

Pembangunan Tidak Mampan Punca...

KUALA LUMPUR - Projek pembangunan yang tidak dirancang dengan baik punca banjir kilat...

Anuar Zain Hilang Suara, Konsert Terpaksa Dibatal

PENYANYI terkenal Anuar Zain kini dikhabarkan mengalami masalah kehilangan suara.

Berikutan itu, Konsert Yonder Music Live Series By The Lake – Anuar Zain & You yang dijadualkan berlangsung malam ini di Panggung Anniversari, Taman Tasik di Perdana, Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan atas masalah kesihatan penyanyi itu.

Keputusan itu dibuat setelah Anuar terpaksa akur dengan nasihat doktor yang menyarankannya berehat.

“Saya memohon maaf kepada semua pihak yang terbabit di atas situasi yang tidak dapat diduga ini. Ia satu keputusan yang amat sukar dilakukan.

“Diharap anda semua dapat mendoakan kesihatan saya,” kata Anuar.

Sementara itu, Pengarah Urusan Yonder Music, Adam Kidron, akui duka cita dengan pembatalan itu namun akur dengan masalah yang dihadapi penyanyi kacak itu.

“Pihak kami difahamkan Anuar kehilangan suaranya pada hari ini dan dinasihatkan agar tidak meneruskan konsert seperti yang direncanakan.


“Biarpun ia amat mendukacitakan pihak kami dan peminat, namun kami perlu mengutamakan kesihatan beliau. Semoga beliau cepat sembuh,” ujar Adam

Bagaimanapun, sebarang info mengenai tiket, akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Pada malam itu, Anuar dijangka akan mendendangkan  14 lagu hitnya.

Promosi tentang konsert itu juga giat diadakan menerusi kaca televisyen. – MYNEWSHUB.CC

Kategori