Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Program Pengurusan Kewangan Untuk...

PUTRAJAYA - Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengadakan program pengurusan kewangan untuk atlet...

Saya Tidak Mahu Jadi...

KUALA LUMPUR - “Berhenti emel saya untuk minta kontrak.” Demikian nada tegas Timbalan...

Cypark Smart Tech Didenda...

SEREMBAN - Sebuah syarikat pengendali tapak pelupusan sampah sanitari, Cypark Smart Technology Sdn...

Bomba Tamat Operasi Pembersihan...

TASEK GELUGOR - Penghuni sebuah rumah di Jalan Padang Menora, Kampung Baru di...

APMM: Pelayaran Ihsan Bawa Pelancong Jerman Ke Hospital

KUALA TERENGGANU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur melakukan pelayaran ihsan pagi tadi bagi membawa seorang pelancong wanita Jerman ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Pelancong itu, Vikkie Clotylde Alidangela, 68, terpaksa dipindahkan dari kapal persiaran Mein Schiff yang sedang dalam pelayaran ke Thailand ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami masalah kesihatan.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mamu Said Alee berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kapten kapal Mein Schiff kira-kira pukul 9.30 pagi.

Kapal berkenaan ketika itu sedang belayar kira-kira lima batu nautika dari Kuala Terengganu.

“Sejurus menerima panggilan itu sebuah kapal KM Nusa dan Bot Pengawal 48 dihantar ke lokasi bagi memindahkan pesakit tersebut untuk menerima rawatan di hospital

“Keadaan laut bergelora dengan faktor angin yang kuat menyukarkan proses memindahkan pesakit, namun semuanya berjalan lancar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Menurutnya pesakit itu selamat tiba di jeti APMM DM 9 Terengganu pada pukul 2.30 petang dan dikejarkan ke HSNZ untuk tindakan lanjut.

Katanya operasi berkenaan merupakan kes pertama melibatkan pemindahan atas sebab perubatan pada tahun ini di Wilayah Maritim Timur. – BERNAMA

Kategori