Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Mati Tercekik Disebabkan...

INILAH yang dikatakan ajal maut itu ditangan Tuhan..Seorang lelaki tua berbangsa India, menemui...

Pasukan Medik Bergerak Di...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu akan menubuhkan pasukan Medik Bergerak bagi memberi...

Zakat Fitrah Kelantan RM7

Kota Bharu : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan...

Ya Ke Tu?? Fazura...

Ketika berlangsungnya program Maharaja Lawak Mega 2014, ramai peminat bukan sahaja teruja menyaksikan...

ATM Jamin Bantu Baik Pulih Rumah Rosak Akibat Bah

PASIR MAS – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberi jaminan untuk membaik pulih rumah mangsa yang rosak akibat banjir di bawah program Jiwa Murni, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin berkata beliau akan memantau perkembangan semasa banjir yang berlaku di beberapa negeri ketika ini terutama Kelantan dan Terengganu sebelum menggerakkan anggota dan aset untuk tujuan tersebut.

“Di bawah program Jiwa Murni ada kaedah-kaedah tertentu untuk kita bantu bukan sahaja penduduk, malah pos-pos dan kem-kem tentera yang mungkin rosak akibat bencana banjir.

“Bagaimanapun, saya akan melihat keadaan semasa termasuk cuaca sebelum memutuskan langkah seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi di sini, yang menempatkan 1,655 mangsa daripada 599 keluarga.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Tentera Darat, Jen. Datuk Seri Zulkiple Kassim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Jen. Datuk Azizan Md Delin, Panglima 2 Divisyen, Mej. Jen. Datuk Mohd Ramli Jaafar dan Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Bhd, Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid.


Pada majlis berkenaan, Hishammuddin turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM150,000 kepada tiga pusat pemindahan banjir iaitu SK Gual Tinggi di sini, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat, Tumpat dan SK Tengkawang, Hulu Terengganu, Terengganu, dengan setiap pusat pemindahan masing-masing menerima RM50,000.

Kumpulan NSTP turut menyerahkan sebanyak 2,000 kit bantuan kesihatan kepada mangsa banjir di SK Gual Tinggi yang disampaikan Abdul Jalil.

Sementara itu, Zulkiple berkata operasi kawalan sempadan Malaysia-Thailand terutama ketika banjir tetap diteruskan seperti biasa walaupun terdapat beberapa pos kawalan yang dinaiki air di Kelantan berikutan limpahan air Sungai Golok.

“Operasi kawalan sempadan masih diteruskan seperti biasa dan kita telah tempatkan dua batalion tentera (kira-kira 1,000 anggota) bagi mengawal sempadan negara walaupun ada pos kawalan yang ditenggelami air,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori