Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Wanita Hampir Ditipu, ‘Bank’...

SEORANGƃā€šĆ‚Ā wanita mendakwa hampir ditipu oleh 'kakitangan bank' palsu yang cuba memperdaya dengan mendapatkan...

Dua Remaja Maut Kerana...

DEK kerana sibuk inginkan gambar selfie berlatar belakangkan gambar kapal terbang, dua remaja...

Tok Pa Antara 4...

JELI - Polis membuka kertas siasatan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi),...

“Dah Siap Pakai Ihram,...

KUALA LUMPUR - Selepas isu 26 bakal jemaah haji dari Malaysia yang tidak...

Azmin Puji Kit Siang Tawar Kerjasama Dengan PAS

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyambut baik kenyataan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang bahawa parti itu bersedia bekerjasama semula dengan PAS demi menumbangkan UMNO.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali berkata, kenyataan itu satu langkah positif menuju ke arah penyatuan semua parti pembangkang dengan hasrat yang sama.

“Ini pastinya menuntut kebijaksanaan dan pendekatan inklusif dengan mengenepikan perbedaan pendekatan dan politik kepartian demi matlamat menyeluruh.

“Kita perlu akur bahawa perundingan adalah suatu proses yang rumit. Saya yakin perkara yang rumit ini boleh dirungkai jika semua pihak mengamalkan sikap terbuka dan bertolak ansur,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

PAS disingkirkan daripada pakatan pembangkang dua tahun lalu oleh DAP dan PKR gara-gara enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam yang dilihat menyusahkan pembangkang.

PKR bagaimanapun pada tahun lalu berusaha memujuk PAS kembali bekerjasama dengan pakatan pembangkang selepas menyedari sokongan umat Islam mula merosot.

Pemimpin PAS menetapkan syarat boleh bekerjasama semula tetapi perlu menuruti cara PAS yang mengutamakan soal akidah Islam dalam berpolitik.


Syarat PAS itu dibidas beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang mendakwa PAS cuma parti bertaraf sampah dan bakal merugikan pakatan pembangkang.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor dalam pada itu menerangkan kepada PAS Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad selari dengan PAS memperjuangkan Islam dan Melayu.

Malangnya, Mahathir sebelum ini dilaporkan pernah membuat lawak tentang Nabi Muhammad dan berkata Tuhan tidak mahu semua hambaNya menjadi Islam sewaktu berucap pada majlis anjuran DAP demi `memancing hati’ ahli DAP. – MYNEWSHUB.CC

Kategori