Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

GST Tidak Akan Naikkan...

KUCHING - Bakal pembeli rumah di Sarawak diminta tidak terpedaya dengan dakwaan pemaju...

Mohd Ridhuan Tee Dilarang...

KUCHING - Ahli akademik Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dilarang daripada memasuki Sarawak...

Pelancong Kecewa Tak Dapat...

KUNDASANG - Serombongan 35 pelancong dari Pulau Pinang merasa kecewa apabila hasrat mereka...

Keputusan AAM Gantung MAM...

KUALA LUMPUR - Keputusan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) menggantung Persatuan Permotoran Malaysia (MAM)...

Babi Hutan Makin Kerap Muncul Di Singapura

SINGAPURA – Pihak berkuasa Singapura dilaporkan ‘bingung’ apabila semakin banyak aduan diterima daripada penduduk berhubung kemunculan babi hutan dekat kawasan kediaman mereka.

Menurut agensi berita tempatan MediaCorp, maklum balas yang diterima Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) tentang babi hutan melonjak pada tahun lalu, dengan lebih ramai orang awam menghubungi agensi itu.

Malah AVA memaklumkan, pihaknya terkejut apabila menerima sebanyak 140 makluman mengenai kehadiran babi hutan sepanjang tahun lalu – naik dramatik daripada hanya 80 pada 2015 dan kira-kira 30 sahaja pada 2014.

Peningkatan mendadak tersebut turut mencerminkan kenaikan jumlah laporan media massa mengenai keprihatinan orang awam yang terlihat kelibat haiwan ‘najis mughallazah‘ itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Pada tahun lalu, dua penunggang motosikal dilaporkan cedera dalam insiden berasingan – pada bulan April dan November – melibatkan kes babi hutan yang merayau-rayau sebelum sesat serta memasuki laluan lebuh raya.

Pada Jun tahun lalu, seekor babi hutan liar mengejar dan mencederakan seorang budak lelaki di estet perumahan Punggol sehingga mencetuskan kebimbangan selepas menjadi tular dalam kalangan netizen media sosial.

Baca: Singapura Bunuh Babi Lepas Tular Wanita Beri Makan

Juga: Panik Babi Hutan ‘Gila Babi’ Di Hentian Bas Singapura

babi-hutan

Beberapa hari kemudian timbul pula satu rakaman video yang menunjukkan seorang wanita warga emas sedang leka memberi makanan kepada haiwan liar berkenaan di kawasan sama seolah-olah menternak babi tersebut.

Sebagai respons terhadap maklum balas diterima, AVA memberitahu MediaCorp, pihaknya memerangkap dan “melakukan eutanasia” ke atas 21 ekor babi hutan memandangkan tiada pilihan untuk dipindahkan ke tempat lain.

Agensi itu juga menyatakan 13 daripada maklum balas yang diterima tentang babi hutan pada tahun 2016 adalah dari kawasan Pasir Ris Heights dan sekitar Pasir Ris Drive 3, lokasi haiwan itu kerap dilihat oleh masyarakat.

Bahkan ketika wartawan MediaCorp melakukan tinjauan di Pasir Ris Heights pada malam 12 Januari lalu, seekor babi hutan tiba-tiba dilihat berada berdekatan dengan Tadika Kidz Meadow sehingga mencemaskan mereka.


Bukan itu sahaja, sekawan babi hutan juga boleh dilihat selamba merayau-rayau santai di persimpangan jalan Pasir Ris Drive 12 dan 13, berhampiran dengan kawasan laluan utama kereta dan pengayuh basikal popular.

babi-hutan

Pihak AVA juga sudah menjalankan pemantauan dan operasi pengawalan di kawasan itu demi menjaga keselamatan orang awam kerana ia mungkin memasuki kawasan terbuka disebabkan adanya banyak sumber makanan.

“Orang yang memberikan makanan turut menjadi punca. Perbuatan tidak bertanggungjawab ‘derma’ makanan kepada haiwan liar boleh membawa kepada pembiakan babi hutan yang tidak terkawal,” menurut jurucakap AVA.

Pihaknya juga menasihati masyarakat agar tidak lagi memberi makan kepada babi hutan kerana ini mengubah kelakuan haiwan liar itu dan mungkin menyebabkan ia bergantung kepada manusia untuk sumber makanan.

Menurut AVA, orang ramai harus berada pada jarak selamat daripada babi hutan dan jangan melalukan provokasi terhadap haiwan buas itu dengan memetik gambar menggunakan ‘flash’ atau cahaya pada kamera atau gajet pintar.

Ia malah menyatakan haiwan itu boleh mendatangkan bahaya dan gerak-gerinya tidak boleh diduga. Babi hutan betina agak agresif berbahaya apabila cuba melindungi anaknya, tambah AVA. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori