Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

India Gesa Jutaan Rakyat...

NEW DELHI - Bank milik tempatan India melancarkan kempen besar-besaran untuk membuka jutaan...

Karisma Faktor Adly Dipilih...

MELAKA - Sifat rendah diri, mengabdikan diri dalam perjuangan demi rakyat dan sedia...

Sultan Nazrin Mahu Sidang...

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini menzahirkan hasrat baginda agar...

Aceh Wajib Semua Pramugari...

JAKARTA - Semua pramugari mana-mana syarikat penerbangan yang mendarat di Banda Aceh, wajib...

Badan Wanita Ini Jadi Kaku, Digelar Manusia Kayu

SEORANG wanita Indonesia menderita penyakit yang jarang berlaku sejak berusia 10 tahun menyebabkan dirinya sukar untuk bergerak atau kaku hingga dapat gelaran sebagai ‘manusia kayu’.

Sulami, 35 yang berasal dari Sragen, Jawa Tengah di Indonesia itu menghidap penyakit yang dikenali sebagai ‘tulang belakang buluh’ atau Ankylosing Spondylitis.

Menurut Jabatan Kesihatan Sragen, penyakit yang dialami Sulami menyebabkan tubuhnya mengeras dan tidak boleh membongkokkan badan atau melipatkan kaki seperti normal.

Badan Wanita Ini Jadi Kaku, Digelar Manusia Kayu

Badan Wanita Ini Jadi Kaku, Digelar Manusia Kayu

Keadaan itu menjadikannya sukar untuk bergerak dan hanya bergantung harap kepada neneknya Sugimen yang berusia 90 tahun untuk menguruskan keperluannya.

Selama 25 tahun menderita penyakit tersebut, Sulami terpaksa bergantung kepada tongkat untuk bergerak.


Menurut laman berita tempatan, Sulami pernah menjalani rawatan namun disebabkan kemiskinan yang dihadapi rawatan tersebut terpaksa diberhentikan.

Malah difahamkan, keadaan yang dialami oleh Sulami turut menimpa kembarnya, Paniyem yang telah meninggal dunia empat tahun lalu.

Meskipun berdepan dugaan getir dalam hidupnya, Sulami pasrah meniti hari-harinya dan berharap dirinya sembuh. – MYNEWSHUB.CC

Kategori