Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

JPA Kaji Cadangan Umur...

NIBONG TEBAL - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengkaji cadangan Kongres Kesatuan Pekerja...

ACP Kamal Faizul Dilantik...

JOHOR BAHRU – Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Operasi...

Gambar Zul Ariffin Berpeluk...

NAMA Zul Ariffin memang tidak perlu diperkenalkan lebih-lebih lagi selepas namanya meletup dengan...

Mayat Pertama Mangsa Lemas...

KOTA KINABALU - Mayat seorang daripada dua mangsa lelaki yang dikhuatiri lemas ketika...

Banjir: 4 Sekolah Di Johor Masih Ditutup Hari Ini

JOHOR BAHRU – Empat buah sekolah di Johor masih ditutup hari ini berikutan banjir.

Pengarah Pendidikan negeri Shaharudin Sharif berkata ia meliputi tiga buah sekolah di daerah Segamat iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tengah, SK Pogoh dan SK Segamat Kecil yang melibatkan 339 murid dan 39 orang guru.

“Tiga sekolah ini masih dinaiki air manakala sekolah-sekolah yang sebelum ini dilaporkan dinaiki air beroperasi semula seperti biasa berikutan cuaca yang semakin baik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebanyak 13 buah sekolah di daerah itu semalam ditutup akibat banjir.


Shaharudin berkata sebuah sekolah di daerah Tangkak iaitu SK Seri Makmur turut ditutup pagi ini setelah dinaiki air. – BERNAMA

Kategori