Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ramai Warga Malaysia Cacat...

PERIT... Sebelum ini sebuah akhbar berpengaruh tempatan tahun lalu pernah menyiarkan laporan khas...

Sah Wan Azizah ‘Lari’...

RASMI... Akhirnya kepimpinan PKR mengeluarkan senarai calon rasmi parti itu bagi Pilihan Raya...

‘Mek Lahar’ Dipindah Ke...

PASIR PUTEH - Seekor gajah betina liar yang ditangkap anggota Jabatan Perlindungan Hidupan...

Satelit Komunikasi MEASAT-3d Dibina...

TOULOUSE: Satelit komunikasi MEASAT-3d yang dibina oleh Airbus kini berada di Kourou, Guiana...

Banjir: Bekalan Barangan Keperluan Mencukupi

IPOH – Bekalan barangan keperluan harian di negeri-negeri yang terjejas banjir adalah mencukupi dan harga berada dalam keadaan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Bagaimanapun, beliau berkata harga bahan basah seperti ikan mengalami sedikit kenaikan disebabkan kekurangan bekalan.

“Kita kena faham kenaikan ini disebabkan kurangnya bekalan kerana nelayan khususnya di Pantai Timur sukar untuk turun ke laut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan sempena pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2017 di sebuah pasaraya di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pelaksanaan skim tersebut, Hamzah berkata setakat semalam tiga peniaga telah dikenakan tindakan di bawah Akta kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Semua peniaga (individu) ini dikesan gagal mempamerkan tanda harga merah jambu pada barangan yang dijual bagi membezakannya daripada barangan bukan kawalan,” katanya tanpa mendedahkan lokasi peniaga berkenaan.


Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2017 dilaksanakan selama 12 hari mulai semalam dengan menyenaraikan 12 barangan termasuk ayam hidup, kubis bulat import dan daging babi (perut).

Terdahulu, Hamzah melakukan tinjauan di Pasar Awam Ipoh dan Pusat Transformasi Bandar Perak di sini. – BERNAMA

Kategori