Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PAU 2016: Puteri UMNO...

JELEBU - Puteri UMNO yakin setiap usul dalam aspek politik, ekonomi, agama dan...

Syed Hamid Juga Tak...

SELEPAS Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengakui tidak pernah mengutus apa-apa surat kepada Biro Siasatan...

Gempa Bumi Lemah Berlaku...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi lemah, berukuran 2.3 pada skala Richter berlaku...

Brunei Miliki Kualiti Udara...

BANDAR SERI BEGAWAN - Brunei memiliki kawasan bandar paling kurang pencemaran kedua di...

Banjir Di Thailand Ragut 40 Nyawa

BANGKOK – Banjir luar musim di Thailand mengorbankan 40 orang di selatan negara itu, dengan hujan lebat dijangka berterusan untuk beberapa hari akan datang.

Ketua Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand, Chatchai Promlert, berkata hujan lebat berterusan pada musim yang sepatutnya kering mencetuskan banjir di seluruh selatan, menyebabkan jalan raya dan laluan kereta api terputus hubungan, mengancam tanaman serta menjejaskan kira-kira 1.6 juta orang.

“Keadaan buruk belum berakhir. Kami menjangka lebih banyak hujan minggu ini ketika usaha pembersihan dijalankan di lokasi banjir semakin surut,” katanya.

Jabatan Meteorologi di laman webnya berkata, hujan dijangka berterusan hari ini.

Musim hujan di Thailand biasanya berlaku antara Jun hingga November.


Banjir yang bermula 1 Januari lalu, diikuti hujan lebat luar musim.

Pihak berkuasa getah kebangsaan berkata, pengeluaran getah antara 2016 dan 2017 menurun kira-kira 10 peratus akibat banjir. – AFP/BH ONLINE

Kategori