Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

PRN Johor: BN Kaji...

JOHOR BAHRU : UMNO dan Barisan Nasional (BN) belum memuktamadkan keputusan sama ada...

DBKL Sita Barangan Milik...

KUALA LUMPUR - Barangan milik 132 penjaja yang tidak berlesen telah disita Dewan...

Keadaan Kesihatan Nik Aziz...

KOTA BHARU - Keadaan kesihatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik...

Harga Langganan Apple Music...

APPLE Music yang diperkenalkan pada WWDC 2015 baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi positif...

Banjir: Jumlah Mangsa Bertambah Kepada 639 Di Sabah

KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir di empat pusat pemindahan di Sabah meningkat kepada 639 orang daripada 225 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 624 orang daripada 221 keluarga petang tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah Kolonel Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata jumlah mangsa di dua pusat pemindahan di daerah Pitas ialah 564 orang daripada 206 keluarga.

Beliau berkata di daerah kecil Paitan dalam daerah Beluran pula, seramai 75 orang daripada 19 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan.

Sementara itu, paras air Sungai Kebatasan dan Sungai Bengkoka di Pitas masing-masing mencatat paras 5.62 meter (m) dan 3.75m, yang kedua-duanya melepasi paras amaran.


Bagaimanapun paras Sungai Labuk di Beluran kekal pada 2.55m. -BERNAMA

Kategori