Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Maya ‘Dilamar’ Kenalan Lelaki,...

SETELAH bergelar solo pada 2008, pelakon dan penyanyi Maya Karin memberitahu ada dalam...

Hebat… Ahli Kung Fu...

KLIP aksi seorang lelaki warga China membiarkan sebatang tiang kayu menghentak zakarnya membuatkan...

PKR Petik Laporan Media...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah tindakan polis Malaysia menghalang media...

Seramai 56 Pelarian Rohingya...

ALOR SETAR - Seramai 56 pelarian Rohingya berusia dua hingga 46 tahun tiba...

Banjir: Kerjasama Kerajaan Kelantan-Persekutuan Perlu

PASIR PUTEH – Kerajaan negeri Kelantan perlu bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi menangani masalah banjir, terutamanya banjir kilat apabila berlaku hujan lebat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata terdapat sesetengah kawasan mengalami banjir kilat disebabkan sistem perparitan dan saliran yang tidak efisien.

“Terdapat longkang yang tersumbat, ini menyebabkan longkang tidak dapat menampung jumlah aliran air yang banyak apabila hujan lebat berlaku,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Ziarah Guru di Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Perempuan) di sini, hari ini.

Asyraf Wajdi berkata kerajaan pusat sentiasa bersedia membantu kerajaan negeri sekalipun diperintah parti pembangkang.


Mengenai program ziarah itu, Asyraf Wajdi berkata ia diadakan bagi menghargai pengorbanan warga pendidik yang sanggup datang ke sekolah walaupun mereka turut menjadi mangsa banjir.

“Semangat inilah yang kerajaan mahukan untuk mencapai negara maju menjelang 2020 dan Tranformasi Nasional 2050,” katanya. – BERNAMA

Kategori