Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Isu Kedah Mahu Beli...

ALOR SETAR - Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Ahmad Bashah...

Jumlah Kutipan Bayaran Balik...

KUALA LUMPUR - Jumlah kutipan bayaran balik pembiayaan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi...

Johari Tawar Diri Tanding...

Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani sah bakal merebut jawatan naib presiden Umno...

Kluster Sendayan Rekod Satu...

KUALA LUMPUR - Satu kes kematian akibat COVID-19 direkodkan daripada kluster Sendayan, Negeri...

Banjir: Mangsa Meningkat Kepada 25 Orang Di Melaka

MELAKA – Mangsa banjir yang dipindahkan di daerah Jasin dekat sini meningkat kepada 25 orang daripada lima keluarga setakat 4 petang tadi berbanding 10 orang daripada dua keluarga tengah hari tadi.

Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata seramai 20 orang daripada empat keluarga ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Chohong manakala lima sekeluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Asahan.

Beliau yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Melaka berkata dua kawasan yang terjejas ialah Kampung Bukit Asahan dan Kampung Chohong dekat sini.

“Punca banjir di kampung itu dipercayai akibat hujan lebat sejak semalam yang mengakibatkan air Sungai Chohong, Sungai Asahan dan Sungai Relau melimpah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. – BERNAMA

Kategori