Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Royalti: Penderaan ‘Halus’ Terhadap...

KUALA TERENGGANU - Kelewatan pembayaran royalti yang dibayar Kerajaan Pusat disifatkan sebagai penderaan...

3 Sekeluarga Ditahan Bantu...

SERDANG - Sepasang suami isteri berserta seorang anak perempuan mereka ditahan bagi membantu...

Kajian Semula Persempadanan Ikut...

KUALA LUMPUR - Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya...

Nenek Makan Pasir 2kg...

SEORANG warga emas berusia 78 tahun dari India mendedahkan tips atau petua kekal...

Banjir: Penduduk Puji Tindakan Pantas Agensi Salur Bantuan

TAMPIN – Kecekapan agensi kerajaan menghulurkan bantuan dan memastikan langkah keselamatan untuk penduduk yang terjejas banjir di Taman Sungai Gemas di sini, menjadikan proses pemindahan mangsa lebih teratur.

R.Morgandas, 37, berkata sejak dipindahkan ke pusat pemindahan banjir sementara di Dewan Besar Gemas pada Ahad lepas, pihak agensi kerajaan dan agensi keselamatan telah memastikan barang keperluan asas kami untuk tidur dan makan dijaga dengan baik.

“Mereka tidak pernah putus menghulurkan bantuan kepada kami mangsa banjir di sini. Mereka bukan sahaja membantu semasa banjir tetapi turut membantu membersihkan kawasan persekitaran selepas air surut.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana membantu kami di sini, segala apa yang diberikan amat kami hargai,” katanya kepada Bernama di sini hari.

Fadzilah Kahar, 44, berkata agensi kerajaan yang berada di pusat pemindahan banjir merupakan tulang belakang yang banyak membantu mangsa banjir.

“Meskipun rumah kami dilanda bencana namun dengan bantuan yang diberikan sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan. Saya di sini tidak pernah rasa terbeban kerana pertolongan dan bantuan tenaga yang dihulurkan itu semua sudah membuat saya bersyukur dengan apa yang saya dapat sepanjang berada di sini,” katanya.

Selain itu Zuliana Mohamad, 37, berkata setiap agensi yang terlibat telah melaksanakan tindakan yang pantas dalam memastikan keselamatan kami terjamin.


“Bila banjir berlaku, pihak APM terus bergegas menghulur bantuan, tindakan yang mereka ambil begitu pantas.

“UMNO melalui Skuad Sayang juga bertindak pantas membantu tidak perlu tunggu terlalu lama sehingga keadaan jadi tidak terkawal.

Kesemua mereka merupakan sebahagian daripada 157 orang mangsa banjir di Taman Sungai Gemas.

Antara agensi yang terlibat di pusat pemindahan banjir di Dewan Besar Gemas merupakan Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Daerah Tampin dan Skuad Sayang UMNO.

Sementara itu, Ketua MyPPP bahagian Tampin V.Raja berkata bila keadaan sebegini berlaku masyarakat memang berterima kasih dengan pelbagai bantuan yang diberikan agensi-agensi kerajaan. – BERNAMA

Kategori