Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Batalkan Pengecualian Visa Pelancong...

KUALA LUMPUR - PAS mendesak kerajaan membatalkan pengecualian visa selama setahun bagi pelancong...

Bajet 2018 Bukti Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun...

Baling Kepala Babi Depan...

PUSAT Islam Al-Aqsa di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) semalam digemparkan dengan isu kepala...

Tidak Ramai Pelabur Asing...

KUALA LUMPUR - Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) membidas dakwaan RSN Rayer (PH-Jelutong) bahawa keengganan...

Banjir: Seramai 569 Mangsa Di Perak Pagi Ini

IPOH – Seramai 569 orang daripada 176 keluarga ditempatkan di lapan pusat pemindahan di Perak setakat pukul 8 pagi ini, berbanding 568 orang daripada 176 keluarga malam tadi.

Menurut infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, pusat pemindahan dibuka di daerah Kinta, Larut Matang dan Selama, Manjung, Hilir Perak dan Perak Tengah.

Manjung masih mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu 383 orang dengan 180 ditempatkan di Dewan Inderawati, Beruas, manakala 203 orang di Sekolah Rendah Agama Rakyat Padang Serai.

Mangsa banjir di daerah Larut Matang dan Selama kekal seramai 65 orang yang dipindahkan di dua pusat pemindahan iaitu 24 orang di Dewan Orang Ramai Matang Merbau Sungai Tinggi, manakala di Surau Padang Serai Dalam sebanyak 41 mangsa.


Di Kinta, 76 orang berada di Dewan Sikh Settlement Tanjung Tualang manakala 31 mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ara di daerah Hilir Perak.

Bagi Perak Tengah, empat orang ditempatkan di Surau Kampung Talang Belanja Kiri, Parit dan 10 mangsa di Surau Nurul Jannah, Parit 6, Layang-Layang Kiri, Parit. – BERNAMA

Kategori