Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

Tiada Pembangunan Di Negara...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan hujah pembangkang bahawa tiada...

India Yakin Projek Pelabuhan...

NEW DELHI - Rancangan India untuk membangunkan Pelabuhan Chabahar di Iran tidak akan...

Majikan Terkejut Orang Gaji...

SEORANG majikan dari Singapura tidak menyangka sepanjang ketiadaannya di rumah, pembantu rumahnya tergamak...

Mahasiswa Ibarat Robot Tidak...

KUALA LUMPUR - Mahasiswa ibarat robot tidak bernyawa jika tidak mendapat akses internet...

Banjir Tiga Minggu Di Selatan Thailand Ragut 80 Nyawa

BANGKOK – Jumlah korban akibat banjir selama tiga minggu di selatan Thailand, disifatkan pihak berkuasa sebagai paling buruk dalam masa 50 tahun, mencapai 80 orang, kata Jabatan Pencegahan dan Kawalan Bencana.

Pengarahnya, Chatchai Promlert berkata empat mangsa masih hilang, manakala kira-kira 1.72 juta penduduk dari 12 wilayah terjejas oleh bencana alam itu.

“Wilayah Nakhon Si Thammarat mencatat jumlah kematian paling tinggi iaitu 23, diikuti Surat Thani (15), Phattalung (11) dan Songkla (lapan),” katanya di sini hari ini.

Lima orang maut, masing-masing di Prachuab Kiri Khan dan Pattani, manakala jumlah kematian di Narathiwat kekal tiga, Krabi (tiga), Chumphon (tiga), Trang (tiga) dan Yala (satu).

Sementara itu, Jabatan Meteorologi memberi amaran bahawa selatan Thailand akan mengalami hujan lebat beberapa hari akan datang berikutan tiupan angin Monsun Timur Laut, yang boleh menyebabkan banjir dan tanah runtuh.


Antara wilayah yang dijangka terjejas akibat musim hujan kali kedua ini ialah Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phattalung, Songkla, Pattani, Yala dan Narathiwat.

“Orang ramai perlu berwaspada dengan keadaan buruk dan kemungkinan berlaku banjir kilat. Mereka yang tinggal di kawasan mudah mengalami tanah runtuh perlu berhati-hati dan sentiasa mengikuti maklumat terkini tentang cuaca,” kata ketua pengarah jabatan itu Wanchai Sakudomchai.

Jabatan itu juga memberi amaran tentang keadaan laut yang berombak setinggi antara dua hingga tiga meter di Telok Siam, yang berbahaya kepada bot kecil. – BERNAMA

Kategori