Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Rampas Kembali 6 Kerusi...

KUALA LUMPUR - Warga Felda diminta terus yakin dan menyokong kerajaan Barisan Nasional...

Badan Perhubungan UMNO Johor...

JOHOR BAHARU - Badan Perhubungan Umno Johor akan menganjurkan satu konvensyen di bandar...

Video: Aktivis Wanita Kecam...

SEPERTI yang kita semua sedia maklum Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama antara orang...

Individu Rakam Penugasan SJR...

KUALA LUMPUR - Individu yang sengaja merakam video atau mengambil gambar ketika penugasan...

Bas Mahkamah Bergerak Bersidang Di Tempat Terpencil

PUTRAJAYA – Gambar bas yang viral baru-baru ini merupakan Bilik Bicara Mahkamah Bergerak di Mahkamah Sabah yang bersidang di tempat-tempat terpencil dan tidak mempunyai bangunan mahkamah.

Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan di sini, Bilik Bicara Mahkamah Bergerak itu dimulakan di negeri Sabah pada tahun 2011 di Donggongan Penampang yang dirasmikan Ketua Menteri Sabah.

Ia berkata setakat ini Mahkamah Sabah mempunyai tiga bas mahkamah bergerak dan inisiatif ini juga diperluaskan ke Mahkamah Sarawak yang mempunyai sebuah bas bermula tahun 2016.

Mengambil maklum mengenai gambar bas Bilik Bicara Mahkamah Bergerak yang viral di media sosial baru-baru ini, kenyataan itu menyatakan ia bersidang di tempat terpencil dan pedalaman yang tidak terdapat bangunan mahkamah seperti di Telupid, Beluran, Tenom di Sabah.

Katanya kes-kes yang dibicarakan adalah kes-kes sivil dan jenayah di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen.

“Mahkamah bergerak ini bersidang seminggu sekali atau bergantung kepada hari bicara yang telah ditetapkan oleh mahkamah.

“Antara perkhidmatan lain yang disediakan Bilik Bicara Mahkamah Bergerak ini adalah perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah dan bantuan penyediaan permohonan mendapatkan sijil kelahiran,” kata kenyataan itu.


Ia berkata bas tersebut lengkap dengan kemudahan komputer dan satelit yang memudahkan pengurusan rakyat di kawasan pedalaman.

Menurut kenyataan itu, tujuan penggunaan bas sebagai Bilik Bicara Mahkamah Bergerak ini adalah kerana terdapat kawasan di Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai bangunan mahkamah.

Oleh itu pihak mahkamah terpaksa meminjam bangunan lain seperti Bangunan Majlis Daerah atau Mahkamah Anak Negeri bagi tujuan pendengaran kes, kata kenyataan itu lagi.

“Dengan adanya bas bergerak yang dijadikan Bilik Bicara Mahkamah Bergerak ini, kes mahkamah dapat dijalankan walaupun tiada bangunan mahkamah dan jauh di pedalaman. Penggunaan bas sebagai Bilik Bicara Mahkamah Bergerak ini juga merupakan satu penjimatan bagi badan kehakiman.

“Ini kerana tiada keperluan untuk membina bangunan mahkamah di daerah-daerah kecil di Sabah dan Sarawak yang boleh menelan belanja jutaan ringgit,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori