NEGARA India sekali lagi digemparkan dengan kelahiran bayi yang berkeadaan aneh.
Terbaharu, seorang wanita selamat melahirkan seorang bayi lelaki memiliki empat kaki dan dua alat sulit.
Meskipun memiliki kondisi luar biasa itu, bayi ini dilahirkan secara normal di Pusat Kesihatan Dhadeasugure (PHC) di Raichur, Sabtu lalu.
Bagi ibu bayi ini, Lalitamma, 23, kondisi aneh anak lelakinya itu dianggap sebagai kurniaan tuhan.
Dek kerana itu juga, awalnya Lalitamma dan suaminya, Chennabasava enggan bawa bayi mereka ke Institut Sains Perubatan Vijayanagara (VIMS), namun setelah dinasihati doktor barulah pasangan ini bersetuju anaknya diberi rawatan lanjut.
Sementara itu, doktor yang ditugaskan memantau bayi berkenaan sedang berbincang dengan pakar bedah yang lain untuk menilai keadaan untuk membuang anggota dan organ berlebihan itu.
Sebelum ini, Lalitamma pernah melahirkan anak sulung dan berkondisi normal. – MYNEWSHUB.CC