Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Liga Super: Kedah Tempang...

SKUAD Hijau Kuning berdepan laluan sukar untuk merampas kembali takhta Liga Super apabila...

Fasha Sorok Bahagia Dulu,...

KATA orang, bahagia jangan ditunjuk sangat dekat orang lain; takut nanti tak sampai...

Pemberontak Houthi Tinggalkan Istana

Aden - Serangan udara diketuai Arab Saudi semalam berjaya mengusir pemberontak Yaman dari...

Wajibkan Jeriji Di Tingkap...

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menggubal undang-undang yang mewajibkan pemasangan peralatan keselamatan seperti jeriji...

Bekalan Mangsa Banjir Di Terengganu Mencukupi

KUALA BERANG – Bekalan makanan yang diagihkan ke pusat pemindahan untuk mangsa banjir di negeri ini masih mencukupi meskipun terdapat pertambahan pusat pemindahan mangsa banjir.

Pemangku Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu Rusmi Mahmud berkata pihaknya mempunyai 160 pangkalan hadapan yang menjadi pusat bekalan makanan di seluruh negeri.

Katanya terdapat 18 mini depoh di daerah dan satu depoh besar Zon Timur di Pulau Kerengga, Marang yang menempatkan bekalan makanan untuk mangsa banjir di negeri ini.

“Pihak kami akan sentiasa memastikan bekalan makanan mencukupi, misalnya di Kemaman yang telah dinaiki air sebanyak tiga kali…pihak kami telah membuat penambahan bekalan makanan,” katanya ketika ditemui Bernama di Pusat Pemindahan Bencana Kuala Ping di sini hari ini.

Rusmi berkata sekiranya bekalan makanan di pangkalan hadapan tidak mencukupi, bekalan makanan di mini depoh dan depoh zon timur akan ditambah.

“Bekalan makanan di depoh Pulau Kerengga yang bernilai RM2.1 juta juga cukup untuk menampung bekalan di semua 529 pusat pemindahan yang boleh memuatkan 126, 256 mangsa. Bekalan makanan di depoh ini juga akan dibekalkan ke Pahang sekiranya diperlukan,” katanya.


Rusmi berkata pihaknya juga turut membekalkan khemah dan sesekat mudah alih untuk kemudahan mangsa banjir di pusat pemindahan dengan keutamaan diberikan kepada kanak-kanak, warga emas dan mereka yang sakit termasuk ibu yang baru bersalin.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati cuaca cerah dan beberapa kawasan yang dinaiki air semalam di sekitar Pekan Ajil telah mulai surut.

Semalam, Sekolah Kebangsaan Ajil yang dinaiki juga dapat beroperasi seperti biasa apabila air di kawasan berkenaan surut sepenuhnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori