Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Agensi Berkaitan Patut Jelaskan...

KENINGAU - Aktiviti harian penduduk Keningau berjalan seperti biasa meskipun dua kanak-kanak di daerah berkenaan  baru-baru ini disahkan mengidap penyakit batuk kokol atau pertusis dan masih menerima...

Lelaki Di Cheras Melancap...

SEPERTI terdapat satu trend membimbangkan yang muncul dalam negara sejak kebelakangan ini.Perasankah anda...

Neelofa Terima Anugerah Tokoh...

KOTA BHARU - Selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor menerima anugerah Tokoh Sayyidatina...

Redza Minhat Sindir Hafiz...

PELAKON Redza Minhat baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataan di laman Twitter seolah-olah memerli...

Beli External Hardisk Online, Tapi Yang Dapat Cuma…

LAGI kes pembeli tertipu barangan online, kali ini melibatkan sebuah laman jualan barangan yang agak popular.

Baru-baru ini, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Zahari Razali terkejut apabila mendapati external hardisk yang dipesan di laman tersebut telah ditukar dengan batu konkrit.

Menurut Zahari, barangan tersebut merupakan barangan tempahan pelanggannya, sekaligus membuatkan imejnya sebagai seorang peniaga online terjejas kerana insiden yang tidak dijangkakan itu.

“Sendiri jual external, sendiri kena tipu. Terpaksa order untuk topup stock customer order last minute. Order external hardisk, tapi dapat batu. Memang cari pasal,” tulisnya pada Jumaat.

4

Beli External Hardisk Online, Tapi Yang Dapat Cuma...

Difahamkan, Zahari membeli external hardisk jenama Western Digital My Passport 1TB dari pembekal yang berpangkalan di The Mines, Seri Kembangan pada 30 Disember lalu.

Barang tersebut kemudian dihantar oleh pembekal menggunakan perkhidmatan Pos Laju kepada pelanggannya yang berada di Mentakab, Pahang.


Beli External Hardisk Online, Tapi Yang Dapat Cuma...

Namun, alangkah terkejut apabila mendapati batu konkrit yang diisi dalam kotak penghantaran tersebut, membuatkan pelanggan wanita itu menghubungi Zahari kembali.

Sementara itu, kemaskini terbaharu di Facebook Zahari mengatakan pihak pembekal barangan berkenaan telah menghubunginya ekoran insiden tersebut.

Walaupun enggan menunding jari kepada mana-mana pihak, namun kejadian tidak bertanggunjawab itu dipercayai berpunca daripada pihak perkhidmatan penghantaran kurier tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori