LELAKI ini, Rodrigo Alves, 33, sentiasa berangan mahu menjadi Ken, iaitu patung lelaki yang menjadi kekasih kepada patung Barbie. Walaupun itu hanya patung, namun Rodrigo tetap mahu kelihatan seperti Ken.
Dia sanggup membelanjakan sehingga RM1.9 juta untuk melakukan berpuluh-puluh siri pembedahan plastik termasuk sedut lemak, pembedahan di bahagian hidung, botox, punggung dan banyak lagi.
Tetapi dia masih belum berpuas hati, Kali ini Rodrigo sedang menambah berat badan kerana mahu memindahkan lemaknya ke bahagian belakang, pinggang dan paha, untuk menjadikan badannya lebih cantik.
Bagi tujuan itu, setiap hari dia mengambil 3,000 kalori sehari dan merancang melakukan pembedahan berkenaan pada bulan Februari 2017. Dia juga mahu melakukan pembedahan di bahagian hidung untuk kali kelapan.
Ken ‘palsu’ ini sudah menjalani 46 pembedahan plastik dan mahu memecah rekod dunia.
“Saya tidak dilahirkan seperti ini tetapi saya menjadikan diri saya seperti ini dan adalah sukar untuk mengekalkan bentuk sekarang,’’ katanya.
Rodrigo pertama kali menjalani pembedahan pada 2004 dan dia kemudiannya menjadi ketagih.
“Saya ingin membawa nama samaran saya iaitu Ken ke peringkat lebih tinggi,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC