Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tragedi Grenfell: 42 Mayat...

SATU dakwaan berhubung insiden kebakaran di Menara Grenfell, London pada minggu lalu mendedahkan...

Siti Bakal ‘Fun Ride’...

BARU-BARU ini, penyanyi no. 1 negara Datuk Siti Nurhaliza telah mengadakan satu pertemuan...

MH370: Carian Dalam Air...

KUALA LUMPUR - Pencarian dalam air pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 di...

Polis Wujud Portal Akaun...

KUALA LUMPUR - Orang ramai kini boleh menyemak akaun bank yang terlibat dalam...

Berita Kejayaan Faiz Subri Banjiri Laman Sosial

KUALA LUMPUR – Kejayaan Mohd Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 kini menjadi topik yang hangat diperkatakan rakyat Malaysia terutama di media sosial.

Sebaik Mohd Faiz diumumkan sebagai pemenang anugerah itu bagi jaringan gol paling cantik sepanjang 2016 dalam satu majlis di Zurich, Switzerland awal pagi tadi waktu Malaysia, berita kejayaan itu membanjiri media sosial terutama Facebook, Twitter dan Instagram selain ucapan tahniah yang menjulang Mohd Faiz sebagai wira negara.

Baca: Faiz Dinobatkan Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016

Juga: Faiz Sudah Banggakan Negara Dan Negeri – Keluarga

Pengguna Twitter @NadiaSaad91 menulis: “Alhamdulillah, tahniah #FaizSubri menang #PuskasAward, anda memang hero Malaysia.”

Seorang lagi pengguna Twitter @officialRaziq pula menulis: “Orang Asia pertama menang #PuskasAward, tahniah Faiz Subri anda buat Malaysia bangga.”

Pemain tengah Pulau Pinang itu memenangi anugerah berkenaan menerusi jaringan sepakan percumanya yang disifatkan ‘melanggar hukum fizik’ ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Februari tahun lepas.

Sepakan percuma itu agak mengelirukan dengan bola pada mulanya melencong ke arah penjuru kanan gawang Pahang sebelum ia secara tiba-tiba bertukar arah menyebabkan penjaga gol, Nasril Nourdin tergamam.

Jaringan menarik Mohd Faiz itu menerima undian sebanyak 59.46 peratus mengalahkan dua lagi calon – Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil yang mendapat 22.86 peratus dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela, 10.01 peratus.


Tidak ketinggalan mengucapkan tahniah atas kejayaan Mohd Faiz ialah pemain tengah pasukan Kedah, Mohd Syazwan Zainon menerusi akaun Facebooknya.

“Tahniah FAIZ SUBRI..bukan mudah untuk menempah nama setaraf dengan pemain dunia.. tapi faiz subri telah berjaya membuat pemain bola seperti kami bersemangat dan bangga..Bangga sangat-sangat…TAHNIAH FAIZ SUBRI di atas kemenangan PUSKAS AWARD…,” tulisnya.

Pemilik akaun Instagram Razz_razak pula berkongsi gambar kejayaan Mohd Faiz menerima anugerah berkenaan dengan menulis: “Tahniah Faiz, hero sebenar yang lahir dari usaha keras beliau sendiri, pemenang pertama dari Malaysia dan ASIA!! You’re an inspiration to our local footballers! – BERNAMA

Kategori