Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

DAP Cuba Selubungi Kerugian...

MYNEWSHUB pada 20 September 2016 telah melaporkan bahawa Temasek Holdings mengalami kerugian sebanyak...

Anak Bob Lokman Meninggal...

TELAH kembali ke rahmatullah anakanda abang Bob Lokman, Mohamad Adam jam 12.00 malam...

TH Nasihat Hati-Hati Tawaran...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati dengan...

KJ Kini Berpangkat Brigadier...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendahului pemakaian pangkat pegawai...

Berkat Sabar, Budak Dubai Menang Kereta, RM175k

SELEPAS beberapa bulan melihat anak lelakinya derita akibat penyakit buah pinggang, warga Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Abdul Rahman Al Hammar kini mampu ukir senyuman manis, terima kasih kepada cabutan bertuah yang diadakan oleh Festival Beli-Belah Dubai (DSF).

Anaknya, Talal, 3, baru sahaja sembuh daripada penyakit yang menyebabkan kanak-kanak itu terpaksa menjalani rawatan di beberapa buah hospital merata UAE dan India.

Namun kemenangan yang tidak disangka dalam cabutan bertuah itu sememangnya memberi harapan baru kepada keluarga Abdul Rahman.

Ini kerana, Abdul Rahman telah mencuba nasib dengan meletakkan namanya sendiri dalam cabutan bertuah itu setiap tahun, namun tidak bernasib baik.

Tahun ini, dia cuba untuk mengubah strategi dengan mengisi tiket cabutan bertuah itu dengan nama Talal dan rezeki kini menyebelahi keluarga mereka!

Tiket Talal telah dipilih secara rawak daripada ribuan peserta lain yang turut mencuba nasib dalam cabutan bertuah bernama Mega Raffle Draw kendalian DSF itu.

“Tidak terungkap dengan kata-kata bagaimana perasaan saya ketika mengetahui anak saya memenangi cabutan bertuah itu.

image-46


“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana Talal telah sembuh daripada penyakitnya dan saya kini menganggap hadiah itu merupakan sebuah rahmat yang dikurniakan oleh Ilahi buat Talal, isteri saya dan juga kedua-dua anak perempuan kami.”

Dalam cabutan bertuah itu, Talal telah membawa pulang sebuah SUV model QX70 keluaran Infiniti dan juga wang tunai berjumlah 150,000 dirham (kira-kira RM175,000).

Tambah Abdul Rahman lagi, setelah bertahun-tahun melalui kesusahan, DSF telah membantu mereka untuk berasa bahagia kembali.

Selain itu, bapa tiga anak itu turut bercadang untuk menyimpan hadiah wang tunai itu untuk masa depan Talal.

Kisah kanak-kanak ini menjadi pengajaran kepada kita semua bagaimana dalam setiap kesusahan, pasti ada kemanisan di penghujungnya, berkat doa dan usaha yang tidak putus-putus. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori