Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Entulu, Subramaniam Diminta Jelaskan...

KUCHING - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun dan Menteri...

Boston Bombing: Dzhokhar Tsarnaev...

SUSPEK insiden pengeboman acara larian marathon di Boston, Amerika Syarikat, Dzhokhar Tsarnaev, 21,...

Aliran Trafik Pantai Timur...

PETALING JAYA : Syarikat konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya...

Nira Kurma Sajian Terbaharu...

KOTA BHARU - Selain pokok kelapa, nipah atau tar, tidak ramai yang mengetahui...

Besi Melayang Atas Kereta Wanita Hamil… Serius Ngeri!

SEORANG wanita hamil mengalami detik ngeri dalam hidupnya bak aksi menerusi filem Final Destination apabila sebuah panel aluminium terjatuh di atas keretanya.

Kejadian tersebut berlaku ketika mangsa ketika sedang memandu di Kilometer 9 Lebuh Iskandar Sultan menghala ke Johor Bahru, Johor semalam.

Insiden itu dikongsi oleh seorang netizen,Ā Cik Senah Ronggeng, yang juga merupakan adik mangsa menerusi laman Twitter.

Gambar insiden ngeri itu turut menjadi tular melalui laman sosial sejak semalam.

Gila besi melayang kena kereta kakak aku kat Highway Nusajaya. Nasib baik tak kena kepala weh!” katanya.

Difahamkan, besi itu terjatuh dari sebuah lori yang melalui lebuh raya berkenaan sebelum melayang ke kereta mangsa.

untitled


Menurut Cik Senah, kakaknya selamat daripada insiden itu namun mengalami trauma.

Nasib baik kakak aku okay weh. Cuma dia menggigil je. Gila weh. Dah la pandu sorang-sorang.

Alhamdulillah, kakak aku okay. Cuma luka sikit sebab terkena serpihan kaca. Kesian dia. Dah la pregnant,” tulis Cik Senah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad mengesahkan kejadian ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori