Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Persatuan Dan NGO Babbitkan...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mahu persatuan dan...

KJ Serah Pendrive TMJ...

SEBAGAIMANA dijanjikan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sendiri akan membuat...

Bayi Mati Dalam Kereta,...

KUANTAN - Bapa bayi yang ditemui mati dalam kereta dikatakan lupa untuk menghantar...

Tak Menang Oscar…Michael Keaton...

Biarpun Anugerah Academy ke-87 sudah melabuhkan tirainya beberapa hari lalu, media masih lagi...

Bicara Kes Peniaga Sokong Daesh 14 Hingga 16 Februari

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 14 Februari hingga 16 Februari untuk perbicaraan kes seorang peniaga yang menghadapi empat pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan letupan berkaitan kumpulan militan Daesh.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah menetapkan tarikh itu selepas kes Mohd Shaifful Shahril Ramli, 28, disebut di hadapannya.

Mohd Shaifful diwakili peguam K.A.Ramu manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sobry dan Muhammad Fadzlan Mohd Noor.

Tertuduh didakwa memberi sokongan kepada kumpulan Daesh dengan cara menggunakan aplikasi Telegram atas nama Anonymous di dalam telefon bimbit miliknya, di Kampung Sri Indah B, Sungai Buloh, pada 18 Jun hingga 29 Jun 2016 mengikut Seksyen 130 J (1)(a) Kanun Keseksaan.

Tertuduh juga dituduh memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan yang melibatkan penggunaan bahan letupan dan perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk melanjutkan suatu perjuangan ideologi yang dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Malaysia menggunakan aplikasi Telegram menerusi telefon bimbit sama dan di tempat sama, pada 26 Jun hingga 29 Jun 2016 mengikut Seksyen 130 J (1)(b) Kanun Keseksaan.


Pertuduhan pertama dan kedua memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak melebihi 30 tahun, atau denda, dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa memiliki barangan berunsur keganasan berkaitan kumpulan Daesh iaitu sehelai baju sejuk yang mempunyai lambang kumpulan itu di alamat sama, pada 22 Julai 2016, pukul 9.45 pagi mengikut Seksyen 130 JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda dan boleh dilucuthak mana-mana barangan tersebut.

Bagi pertuduhan keempat, dia didakwa memiliki bahan letupan yang mengandungi campuran ‘sodium chlorate’ dan ‘sucrose’ di tempat sama, pada 22 Julai 2016 mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori