Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kemahuan Tak Dituruti, Anak...

ANAK tak sedar dek untung. Itulah kata-kata yang patut diberikan kepada seorang pemuda...

Caprice Tegur Fans K-Pop...

KEMATIAN merupakan satu kejadian yang tidak diduga dan bukan salah jika kita mahu...

Umum Kalendar Liga M...

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan kalendar Liga Malaysia (Liga M) musim depan...

Penyokong Hentam Lukaku

JOSE Mourinho mengakui kecewa dengan corak permainan Romelu Lukaku ketika Manchester United terikat...

Bilangan Mangsa Banjir Di Terengganu Semakin Menurun

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Terengganu pagi ini berkurangan kepada 1,022 orang berbanding 1,606 orang malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Lt Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata ketika ini hanya 302 keluarga masih berada di 21 pusat pemindahan di lima buah daerah.

“Daerah Hulu Terengganu yang terjejas teruk menunjukkan penurunan ketara dengan jumlah mangsa hanya seramai 361 orang setakat pukul 8 pagi berbanding 853 orang pada pukul 10 malam tadi.

“Dua pusat pemindahan di daerah itu telah ditutup menjadikan bilangan yang masih dibuka hanya empat buat iaitu di Hulu Terengganu.


“Di Marang pula, jumlah mangsa menurun kepada 488 orang dari 127 keluarga berbanding 540 orang dari 141 keluarga.

“Namun jumlah mangsa di Dungun kekal dengan 87 orang dari 20 keluarga. Kemaman (87 mangsa dari 20 keluarga) dan Setiu (28 mangsa dari tujuh keluarga),” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori