Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Biar Majikan Rogol, Liwat...

SEORANG wanita membiarkan majikannya merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun berulang kali,...

Kantoi! Selangor ‘Haram’ Akhbar...

LAWAK... Sama ada ini cuba balas dendam kerana politik, tiada bajet atau sekat...

Jangan Lari Daripada PTPTN...

KUALA LUMPUR - Para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diingatkan supaya...

Kes Langgar Mati 8...

JOHOR BAHRU : Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan seorang kerani wanita dipenjara enam...

BN Bakal Menang, PKR Takut Bertanding Di Tanjung Datu?

KUCHING – Bagi rakyat Sarawak, mereka pasti tidak lupa isu Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali tergamak biadap ‘hina’ penduduk negeri itu ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.

Beliau ketika berucap untuk kempen di kerusi Simunjan yang ditandingi calon PKR, Jamilah Baharuddin, dengan selamba dakwa konon penduduk Sarawak minum air longkang akibat kezaliman kerajaan Barisan Nasional (BN).

Susulan tohmahan fitnah yang tidak berasas tersebut, Menteri Besar Selangor itu dihalang pihak Jabatan Imigresen Malaysia daripada memasuki Sarawak ketika cuba hadir pada dua hari terakhir berkempen sebelum pengundian.

Akibat ucapan ‘panas’ Azmin itu, PKR yang bertanding di 40 kerusi hanya mampu mengekalkan tiga kerusi sedia ada manakala sekutunya, DAP yang meletakkan 31 calon pula hanya menang tujuh kerusi iaitu hilang lima kerusi!

Kini setelah hampir setahun, sudah ada kemungkinan BN masih boleh menang tanpa bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan Tanjong Datu yang pernah diwakili bekas Ketua Menteri, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Ini apabila PKR, satu-satunya parti pembangkang yang bertanding melawan arwah Tok Nan semasa PRN Sarawak pada 7 Mei 2016, dilaporkan mengumumkan tidak akan meletakkan sebarang calon mereka dalam PRK tersebut.

Baca: Azmin Biadap Kata Rakyat Sarawak Minum Air Longkang

PRN08_250416_PENAMAAN

Pengumuman unik ini dibuat sendiri oleh Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian. Beliau hanya memberi alasan bahawa PKR negeri tersebut mengiktiraf segala dasar pentadbiran yang dibawa oleh bekas ketua kerajaan Sarawak itu.


Ada pemerhati politik tempatan yang melihat PKR sebenarnya ‘kecut perut’ tidak berani bertanding bahkan takut malu besar kerana pada PRN lalu, calonnya Jazolkipli Numan hilang deposit apabila mendapat cuma 468 undi.

Allahyarham Adenan yang mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti tunjang komponen BN Sarawak; sebaliknya berjaya memperoleh sebanyak 6,630 undi, sekali gus menang bergaya dengan majoriti 5,892 undi.

Kerusi Tanjung Datu dalam kawasan Parlimen Santubong dianggap sebagai kubu kuat selamat untuk calon PBB dan BN sejak enam penggal diwujudkan pada 1991 dengan majoriti besar pengundinya merupakan kaum Melayu.

Apapun sama ada BN mampu mencipta kemenangan tanpa bertanding atau ditentang hanya akan diketahui pada hari penamaan calon iaitu 4 Februari depan. Hari pengundian PRK tersebut pula ditetapkan pada 18 Februari ini.

Siapa tahu mungkin ada calon bebas cuba nasib. Untuk rekod, BN menang besar 72 daripada 82 kerusi pada PRN ke-11 lalu termasuk dua kerusi tanpa perlawanan apabila calon PKR menarik diri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori