Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Guru-Guru & Kakitangan Awam...

KUALA NERANG - Guru-guru dan kakitangan awam yang lain tertakluk kepada Perintah Am...

2 Beradik Dikhuatiri Lemas...

PASIR SALAK - Dua beradik termasuk seorang kanak-kanak berumur enam tahun dikhuatiri lemas...

Perkasa Wanita Tanggungjawab Semua...

IPOH - Usaha memperkasa wanita adalah tanggungjawab semua pihak dan tidak hanya terletak...

Polis Buru 4 Mat...

SHAH ALAM - Polis masih memburu empat penunggang motosikal yang dipercayai terbabit dalam...

Bom Palsu Ditemui Di Hospital Rehabilitasi Cheras

CHERAS – Satu bungkusan dipercayai bom tangan palsu ditemui di pagar Hospital Rehabilitasi Cheras, Jalan Yaakob Latif, di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari tadi, bom palsu tersebut ditemui di tepi pagar pencawang sebuah syarikat telekomunikasi oleh orang ramai.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan bungkusan yang dipercayai bom di kawasan kejadian.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati bungkusan berkenaan adalah span, wayar dan komponen jam tangan.

“Tiada bahan letupan ditemui pada bungkusan berkenaan dan operasi hospital berjalan seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan.


Susulan kejadian tersebut, keadaan di luar perkarangan menjadi kecoh seketika apabila bungkusan yang dipercayai bom ditemui.

Bagaimanapun, keadaan kembali pulih apabila sepasukan anggota polis yang tiba di tempat kejadian mengesahkan bungkusan tersebut bukan bom. – MYNEWSHUB.CC

Kategori