Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Bengkel Kelas Lakonan Anjuran...

SEMALAM, Mynewshub ada menyiarkan tentang hasrat pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad yang...

Ihsan Perdana Dapat Geran...

KUALA LUMPUR – Ihsan Perdana Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat yang melaksanakan aktiviti...

Perancis Siasat Pegawai Awam...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih berbincang dengan Pejabat Peguam...

Aplikasi 365Mshop Untuk Perniagaan...

KUALA LUMPUR - Pemilik perniagaan kecil di negara ini, kini berpeluang menarik pelanggan...

Bot Hilang: 4 Kapal, Sebuah Pesawat Sertai SAR

KOTA KINABALU – Operasi mengesan sebuah bot katamaran membawa 31 orang termasuk 28 pelancong China yang hilang sejak semalam, membabitkan empat kapal serta sebuah pesawat di kawasan pencarian seluas 400 batu nautika persegi.

Ia membabitkan dua kapal Pasukan Polis Marin (PPM) serta masing-masing satu milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM), selain sebuah pesawat Hercules C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Turut digerakkan ialah empat bot milik PPM dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dikoordinasikan oleh Maritime Rescue Sub Coordinator (MRSC) Kota Kinabalu. Timbalan Pengarah Operasi Wilayah Maritim Sabah dan Labuan, Kapten Maritim Abdul Rahim Ramli, berkata keadaan di lokasi pencarian ketika ini laut bergelora serta angin kencang yang mana setakat jam 1.30 tengah hari tadi, bot berkenaan masih belum ditemui.

Baca: Bot Bawa 31 Individu Dipercayai Hilang

“Operasi SAR diaktifkan sejurus menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 10.15 malam tadi,” katanya menerusi kenyataan di sini, sebentar tadi.

Bot berkenaan dilaporkan bertolak dari jeti Tanjung Aru di sini, untuk ke Pulau Mengalum, kira-kira sejam setengah perjalanan dari sini pada jam 9 pagi semalam, namun tidak tiba semula ke jeti sama hingga malam tadi.


Berikutan itu satu laporan polis dibuat oleh pemilik bot pada jam 9.50 malam tadi. – Berita Harian

Kategori