Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Bapa Daniel Luah Rasa...

SEBELUM ini dunia dikejutkan dengan berita kematian kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dari...

Polis Kota Kinabalu Tahan...

KOTA KINABALU - Polis menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Operasi...

Julia Perez Minta Kopi,...

KESIHATAN pelakon dan penyanyi sensasi Indonesia, Julia Perez yang kini sedang bertarung dengan...

KADA Kemuka Cadangan Tambah...

KOTA BAHARU - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mengemukakan cadangan penambahan sebuah pam...

Budak Alami Masalah Mental Dirogol Guru Besar

APA yang berlaku ke atas seorang budak perempuan berusia 12 tahun yang mengalami masalah mental ini memang menyedihkan, apabila dia dirogol secara berkumpulan oleh seorang guru dan tiga guru lain.

Kejadian menjijikkan itu berlaku di sekolah Rajkiya Madhya Vidyalaya di Bihar. Keadaan budak berkenaan dilaporkan kritikal.

Ibunya adalah guru di sekolah terbabit dan terpaksa membawa anaknya ke sekolah kerana tiada siapa yang boleh menjaganya di rumah. Wanita itu juga seorang ibu tunggal.

“Dia satu-satunya anak saya. Dia menemani saya di sekolah kerana tiada siapa yang boleh menjaganya di rumah,” kata ibunya.

Menurut wanita berkenaan, beberapa pelajar sekolah telah berlari sambil membawa anak perempuannya itu kepadanya, ketika anaknya itu mengalami pendarahan yang banyak.


Dalam pada itu, jurucakap polis, laporan kes rogol telah dibuat terhadap pengetua sekolah itu, Aju Ahmed dan guru-gurunya iaitu Mohammed Shaukat, Abdul Bari dan A Rahman. – MYNEWSHUB.CC

Kategori