Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Teruk Dibelasah Kekasih Sehingga...

TIDAK tahan didera bertahun-tahun oleh teman lelakinya, seorang model dari China mengambil keputusan...

Zoo Taiping & Night...

TAIPING - Zoo Taiping & Night Safari akan ditutup sementara waktu bagi membolehkan...

Bangunan Parlimen Diisytihar Kawasan...

PUTRAJAYA - Mulai hari ini, sudut merokok dan tempat makan di dalam bangunan...

Lebih 8,000 Barang Keperluan...

KUALA LUMPUR - Harga sebanyak 8,285 produk pelbagai barangan telah diturunkan sebanyak 70...

Rezeki Belanja RM156, Pelancong Menang RM3 Juta!

DENGAN hanya berbekalkan pembelian minimum sebanyak S$50 (RM156), siapa menyangka ia membawa tuah buat seorang pelancong dari Indonesia, Ade Iskandar Roni, 36, apabila dia berjaya memenangi cabutan bertuah bernilai S$ 1 juta (RM3.1 juta) yang diadakan bersempena promosi beli-belah di Lapangan Terbang Changi, Singapura baru-baru ini.

Dalam pusingan akhir cabutan bertuah itu, Roni bersaing dengan lapan peserta akhir bagi merebut gelaran ‘jutawan segera’, ‘Be a Changi Millionaire’.

Roni menyertai cabutan bertuah itu selepas membeli sehelai jersi Adidas yang berharga RM156 untuk rakannya.

Sebelum berlangsungnya majlis cabutan bertuah itu, finalis diarah melakukan beberapa cabaran antaranya melakonkan semula aksi seorang penumpang di lapangan terbang terbaik dunia itu.

Dan pada saingan akhir, Roni berjaya mengalahkan finalis dari India, Animesh Singh dengan berjaya memasang adaptor gergasi ke dalam soket.

Edisi ketujuh Be a Changi Millionaire itu telah berjaya menarik 1.2 juta penyertaan dari penumpang seluruh dunia.


Rezeki Belanja RM156, Pelancong Menang RM3 Juta!

Mereka cuma perlu berbelanja sekurangnya-kurangnya RM156 dan ke atas untuk melayakkan diri dalam pertandingan tersebut.

Untuk edisi kelapan, ia akan bermula pada bulan Mei nanti. Jadi kita sama-sama tunggu dan lihat pelancong dari negara mana pula yang berjaya menjadi jutawan segera dengan hanya membeli-belah di Lapangan Terbang Changi! – MYNEWSHUB.CC

Kategori