Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

KPDNHEP Tumpas Sindiket Seleweng...

SHAH ALAM - Kegiatan haram satu sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi...

Kerajaan Pahang Wartakan 32...

KUANTAN - Kerajaan Pahang telah mewartakan 32 tapak warisan di seluruh negeri di...

Jaga-Jaga… ASFA50 Bakal Cabar...

KE TEPI durian Musang King, nampaknya anda bakal bersaing dengan pendatang baharu: baka 'Raja...

Pembinaan Velodrom Di Dungun...

KUALA TERENGGANU - Pembinaan velodrom berbasikal bertaraf antarabangsa di Dungun tertangguh kerana masalah...

Caj RRC Kerajaan Singapura Tindakan Melulu

1. TINDAKAN Kerajaan Singapura memperkenalkan “Reciprocal Road Charge (RRC)”, yang akan dikuatkuasakan pada 15 Februari ini adalah satu tindakan yang melulu dan tidak munasabah.

2. Rakyat Malaysia, khususnya yang menetap di Johor Bahru dan berkerja di Singapura telah pun menanggung kos perjalanan keluar masuk ke Singapura sebanyak RM145.08 sehari, dengan penambahan caj baru pada 15 Februari ini, mereka terpaksa membayar sejumlah RM165.05 bagi perjalanan pergi dan balik ke Singapura.

3. Pergerakan Pemuda UMNO Johor sebulat suara membantah tindakan Kerajaan Singapura memperkenalkan caj timbal balik kepada kenderaan asing khususnya disasarkan kepada pemandu Malaysia, dan kami juga percaya tindakan mereka memperkenalkan caj seumpama ini adalah sebagai sebuah gesture provokasi.

4. Selama 44 tahun Kerajaan Singapura telah memperkenalkan caj VEP, dan kita di Malaysia tidak pula terlalu sensitif dan melatah dengan mengenakan caj timbal balik kepada mereka.

5. Pergerakan Pemuda UMNO Johor juga ingin mendesak Kerajaan Pusat untuk campur tangan dan berdialog bersama Kerajaan Singapura untuk mencapai satu kata sepakat di dalam mengakhiri episod sandiwara “Victim Playing” Kerajaan Singapura ini.


Hahasrin Hashim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor
012-3834747

Kategori