Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Lebih 100,000 Kematian Akibat...

WASHINGTON - Angka kematian di Amerika Syarikat (AS) terus melepasi 100,000 orang ketika...

DAP Cuba Samaratakan Islam...

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa cadangan Senator...

Pan Borneo: Tanggungjawab Atau...

“SAMA seperti Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang buka peluang pembangunan dan penambahbaikan perhubungan...

Harga Petrol, Diesel Kekal

KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON97, RON95 dan diesel kekal dengan...

CCTV Rakam ‘Hantu’ Curi Printer Dan Komputer

KELIBAT dua ‘hantu’ santai berjalan selamba di sepanjang koridor sebuah pejabat akhirnya berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam bangunan tersebut.

Kedua-dua lembaga aneh tersebut dilihat mencuri mesin pencetak (printer) dan komputer yang terdapat di dalam bangunan berkenaan.

Aksi dua hantu itu diketahui oleh pengawal keselamatan yang melihat rakaman CCTV ketika mereka berjalan di sepanjang koridor bersama dengan peralatan mahal itu di tangan mereka.

Hantu yang dimaksudkan merupakan dua orang lelaki dengan cuba bertindak ‘bijak’ menggunakan kain putih di atas kepala bagi menyembunyikan wajah mereka daripada dikesan.

CCTV Rakam 'Hantu' Curi Printer Dan Komputer

Di dalam klip yang dimuat naik oleh sebuah laman antarabangsa, kedua-dua lelaki itu dirakam berjalan di koridor sebelum menghilangkan diri ke dalam bilik berdekatan.

Namun apabila kedua-duanya muncul, masing-masing membawa objek besar di tangan mereka, dipercayai komputer dan pencetak.


Malah mereka dilihat berulang-alik di koridor berkenaan beberapa kali setelah meletakkan barang-barang tersebut ke dalam kereta yang diletakkan di luar bangunan tersebut.

Klip itu dilaporkan dirakam di Brazil dan telah pun mempunyai beberapa ribu tontonan menerusi laman LiveLeak.com dalam masa kurang daripada 24 jam dimuat naik.

Seorang penonton menulis “Video hantu paling terbaik,” sementara yang lain berkata “Penyamaran tahap 100.”

Walau bagaimanapun, laman itu tidak menyatakan sama ada kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis atau pun tidak. -MYNEWSHUB.CC

Kategori