Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

HIV-AIDS Kekal Pembunuh Utama...

JOHANNESBURG - HIV/AIDS kekal menjadi punca utama kematian rakyat Afrika berusia antara 10...

Cuaca Sejuk Selubungi Kem...

HANOI – Bahang saingan cukup dirasai oleh skuad Harimau Malaya ketika sampai di...

Ucap ‘I Love U’,...

MUNGKIN sesetengah daripada kita terlalu rapat dengan sepupu sehinggakan boleh berbalas-balas komen romantis...

Sampah ‘Musuh’ Utama Sistem...

MELAKA – Masalah pembuangan sampah merata-rata tempat bukan sahaja menyebabkan kecacatan kepada keindahan...

Dakwaan Buah-Buahan Tin Thailand Ada HIV Tak Berasas

DAKWAAN mengenai buah-buahan dalam tin daripada Thailand mengandungi virus Human Immunodeficiency Virus (HIV) adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata HIV adalah virus yang hidup dalam cecair badan dan tidak boleh hidup dalam makanan dalam tin yang telah melalui proses rawatan haba pada suhu tinggi.

Katanya Kementerian Kesihatan juga telah mendapatkan pengesahan daripada kedutaan Thailand di Malaysia bahawa berita tersebut adalah tidak berasas.

Dakwaan Buah-Buahan Tin Thailand Ada HIV Tak Berasas

“Kementerian sentiasa mengawal semua produk makanan import untuk memastikan makanan adalah selamat serta sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya orang ramai yang mempunyai kemusykilan mengenai isu keselamatan makanan, boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau laman sesawang moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori