Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Benar Atau Tidak 1MDB...

Dari Facebook Najib RazakRASANYA saya sudah ulas isu 1MDB menyelesaikan kerugian RM19 bilion...

Hidupkan Kembali Jalan Hang...

MELAKA ā€“ Kerajaan negeri Melaka akan menghidupkan kembali kawasan sekitar Jalan Hang Tuah...

DAP Serahkan Laporan Penyata...

PUTRAJAYA - DAP hari ini menyerahkan laporan lengkap penyata tahunan kepada Jabatan Pendaftaran...

Jadi Bos Khazanah Ada...

SEJAK Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu, Perdana Menteri,...

Dalang Rompakan Kim Kardashian Didakwa

PARISĀ – Dalang rompakan barang kemas bernilai jutaan ringgit milik bintang realiti televisyen, Kim Kardashian West, pada Oktober tahun lalu, didakwa di sebuah mahkamah Perancis di sini.

Suspek dikenali Aomar A dan berusia 60 tahun adalah antara enam individu yang dihadapkan ke mahkamah.

Dalam kejadian itu, Kardashian diacu pistol sebelum diikat dan dikurung dalam bilik air kediaman mewah yang didudukinya ketika menghadiri Minggu Fesyen Paris.

Setakat ini, seramai 10 suspek sudah didakwa di mahkamah, termasuk lima tertuduh yang memainkan peranan utama dalam insiden membabitkan selebriti berusia 36 tahun itu.

Dalang Rompakan Kim Kardashian Didakwa
BINTANG realiti televisyen, Kim Kardashian West. – Foto Reuters

Menurut sumber yang rapat dengan siasatan itu, Unit Menangani Rompakan yang bertanggungjawab ke atas rompakan bersenjata mula mengawasi aktiviti Aomar.


Ia selepas kesan DNA miliknya dijumpai pada bahan yang digunakan untuk mengikat Kardashian. Aomar sebelum ini pernah dihukum penjara selama tujuh tahun pada 1985, atas kesalahan rompakan bersenjata. – AFP/BH ONLINE

Kategori