KUALA LUMPUR – DAP mengecam keras Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya kerana tidak sempat menghadiri Majlis Minum Petang Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) baru-baru ini
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan mengkritik Najib seolah-olah membayangkan seorang Perdana Menteri Malaysia wajib menyertai mana-mana majlis Kristian di negara ini walaupun mempunyai urusan negara yang lebih penting.
“Najib (selaku Perdana Menteri) perlu menjelaskan mengapa beliau tidak menghadiri majlis Krismas anjuran CFM yang merupakan satu majlis yang sangat ‘significant’ di Malaysia,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Kit Siang turut mengambil kesempatan daripada isu penggunaan jet yang sedang dicanang hebat oleh Pakatan Harapan bagi memperkuatkan lagi kecaman keatas Perdana Menteri.
Beliau mempersoalkan mengapa Najib sempat menghadiri pelancaran Lebuh Raya Pan-Borneo di Sabah dan jambatan Batang Sadong di Sarawak tetapi tidak sempat menghadiri majlis Kristian. -MYNEWSHUB.CC