SEORANG lelaki mengejutkan pejalan kaki di sebatang jalan di Beijing, China dengan meminta mereka untuk memukul punggungnya sebagai pertukaran untuk 10 yuan (RM6.47) demiĀ membantu membiayai operasi pembedahan mata untuk anak lelakinya.
Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu dilihat melutut dengan hanya berseluar dalam merah dalam keadaan cuaca sejuk di luar stesen metro di pusat bandar Beijing sambil memegang sebatang kayu untuk digunakan orang awam bagi memukulnya.
Lelaki itu difahamkan telah mengembara dengan keluarganya dari Chongqing ke ibu negara untuk merawat anak lelakinya yang berusia satu tahun.
Menerusi mesej yang tertera pada kadbod putih yang diletakkan bersebelahannya, lelaki itu memberitahu bahawa penyakit yang dialami oleh anaknya itu boleh menyebabkan buta sekiranya tidak dirawat dengan segera.
Disebabkan kemiskinan yang dihadapi oleh keluarganya, dia tidak mampu untuk menampung kos pembiayaan pembedahan anaknya itu yang mencecah 100,000 yuan (RM64,814.55) sehinggakan memaksanya menggunakan cara tersebut untuk mendapatkan wang. – MYNEWSHUB.CC