Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bayaran RM3-RM5 Jika Batal...

KUALA LUMPUR - Grab Malaysia akan mula mengenakan bayaran kepada pelanggan yang membatalkan...

Pengasas Sugarbook Direman 7...

SHAH ALAM - Pengasas Sugarbook direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu...

Ragbi Ulat Bulu Khusus...

TOKYO - Lazimnya sukan ragbi sering dianggap sebagai permainan ganas dengan aksi tolak-menolak,...

Anwar Kutuk Kadir Dedah...

BERTELAGAH... Setelah teruk dikritik netizen selain UMNO kerana cuba hasut rakyat untuk benci...

Depan Pesawat Rosak Dipercayai Dilanggar Dron

BAHAGIAN depan sebuah pesawat mengalami kerosakan dipercayai dilanggar dron di Mozambique, Khamis lalu.

Ketika kejadian, pesawat yang membawa 80 penumpang sedang menghampiri lapangan terbang di Tete.

Anak kapal terdengar bunyi kuat tetapi menyangka pesawat dilanggar burung.

Punca kejadian hanya dikenal pasti selepas pemeriksaan penerbangan dibuat mengenai kerosakan.

Tiada darah atau bulu yang dikesan, sekali gus menguatkan lagi objek misteri berkenaan adalah dron.

Beberapa laporan di Mozambique menyebut bahawa objek misteri itu adalah dron walaupun maklumat syarikat penerbangan LAM Mozambique Airlines menyifatkan ia sebagai ‘badan luaran’.

Syarikat penerbangan itu memberitahu agensi berita Portugal, Lusa bahawa kemungkinan pesawat itu dirempuh dron merupakan satu spekulasi.


Pihak berkuasa sedang menyiasat insiden berkenaan.

Ketua Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Penerbangan Awam memberitahu Lusa bahawa terlalu awal untuk menyatakan punca kerosakan pesawat.

Menurut kenyataan pengeluar dron, Drone Manufacturers Alliance dalam laporan USA Today memberitahu objek tersebut belum disahkan sebagai dron.

Bagaimanapun ia berkata, laporan itu akan diambil secara serius dan pihak syarikat akan memberi bantuan kepada pihak berkuasa Mozambique dalam menyiasat insiden berkenaan. – Mail Online/mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori